Jerteh

penempatan orang Kelantan di Terengganu
(Dilencongkan dari N 03 Jerteh)

Jerteh ialah sebuah pekan di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Jerteh sempadan negeri dengan jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Poskod bagi Jerteh ialah 22000.[1] Majoriti penduduk di Jerteh merupakan masyarakat Melayu Kelantan yang tinggal dan menetap disana kerana lokasinya berhampiran Gong Datok serta Semerak dalam Jajahan Pasir Puteh.

Jerteh
Pekan
Bandar Jerteh
Koordinat: 5°44′12″N 102°29′43″E / 5.736698°N 102.495407°E / 5.736698; 102.495407Koordinat: 5°44′12″N 102°29′43″E / 5.736698°N 102.495407°E / 5.736698; 102.495407
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Besut
Poskod
22000

Asal usul nama sunting

Jerteh dahulu kala merupakan sebuah pengkalan bagi Kelantan yang disebut Aji Teh. Nama Jerteh dipercayai berasal dari kata Aji Teh itu sendiri yang lama kelamaan berubah menjadi Jerteh mengikut loghat Kelantan. Jerteh juga pernah disalah eja menjadi Jertih sama juga dengan Pasir Puteh, Kelantan yang dieja Pasir Putih. Kesalahan ejaan ini masih tidak dapat dipastikan berpunca dari mana namun ejaan Pasir Puteh jarang mengalami kesalahan ejaan berbanding Jerteh yang sentiasa dieja Jerteh atau Jertih oleh sebahagian pihak.

Politik sunting

DUN Jerteh (N3) ialah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan di bawah Parlimen Besut (P33). Sejak pilihan raya umum 2018 ahli DUN Jerteh ialah Muhammad Pehimi bin Yusof dari Barisan Nasional.[2]

Pelancongan sunting

Ia menjadi tumpuan penduduk pada hari Sabtu kerana terdapat pasar tani di bandar tersebut. Bandar ini juga telah menjadi destinasi persinggahan pelancong yang ingin mengunjungi Lata Tembakah iaitu lebih kurang 21 kilometer menuju ke Hulu Besut dan Air Panas La (La Hot Spring) yang terletak di Kampong La.

Ikon Jerteh, Rosma Muhammad berusaha keras memberikan impak baik kepada perusahaan kedai makan. Memperkenalkan “Mee Jebok” sebagai salah satu tarikan kesana.

Lata tembakah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan selain Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Dalam Daerah Besut khususnya Hulu Besut itulah terdapat 2 tempat yang kini ramai dikunjungi para pelancong dari dalam negara dan Singapura.

Agama sunting

Tempat beribadat sunting

Di Jerteh terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Hadhari; masjid ini dibina pada zaman ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Terengganu. Sebuah lagi masjid yang menjadi tumpuan mereka yang hadir ke Bandar Jerteh ialah Masjid Ulul Albab. Masjid Ulul Albab turut dikenali sebagai Masjid Kayu. Berkonsepkan binaan kayu tradisional, Masjid Ulul Albab tersergam indah di kawasan seberang jerteh. Kedua-dua masjid ini juga dilengkapi kelebihgan digital di mana orang ramai boleh menderma secara digital melalui platfom Sujood.

Rujukan sunting

  1. ^ "Jerteh, Jerteh - Postcode - 22000". postcode.my. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  2. ^ "N3 Jertih". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2018.

Pautan luar sunting