Na'im Brundage (lahir pada 9 November 1992) ialah seorang ahli politik bagi negeri Selangor, Malaysia.


Na’im Brundage
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Dalam jawatan
1 Ogos 2022 – 15 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia
Dalam jawatan
8 Januari 2022 – 27 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kepong
Dalam jawatan
7 Oktober 2018 – 1 Mac 2020
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Dr Mahatir Mohamad
Butiran peribadi
LahirNa'im Brundage
(1992-11-09) 9 November 1992 (umur 31)
Damansara, Selangor, Malaysia
Parti politikPBM (2021–2022)
PekerjaanAhli politik & usahawan

Kehidupan awal sunting

Na'im Brundage berasal dari Damansara , Selangor . Malaysia . Beliau telah melanjutkan pengajian di Kolej Segi, Damansara pada tahun 2010 hingga 2013 di mana beliau telah mengambil jurusan dalam bidang Diploma Video dan Animasi. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Sains Politik di Open Universiti Malaysia dari tahun 2015 hingga 2021[1].

Penglibatan politik sunting

Na'im Brundage memulakan penglibatan Politik dengan menyertai Parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Anak Muda Keadilan Wilayah Persekutuan[2][3][4], Ketua Cabang PKR Kepong[5][6] dimana beliau merupakan kepimpinan yang bergelar pelajar yang pertama memenangi jawatan ketua cabang PKR, Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia[7][8] dan Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan[9].

Namun begitu, beliau telah meninggalkan PKR pada peristiwa langkah sheraton[10][11] bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR.

Na'im Brundage dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 8 Januari 2022.[12][13] Pada 27 Disember, beliau bersama 12 ahli PBM lain telah dipecat daripada parti tersebut.[14] Kini beliau berada di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia memegang jawatan Ketua Penerangan Armada Bersatu Parlimen Jasin.[15]

Kerjaya korporat sunting

Na'im Brundage Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma pengiklanan Nobleman Creations[16][17][18]. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran INVOKE Malaysia dari tahun 2018 hingga 2019[19][20], Ketua Pemasaran Eksekutif Digital INVOKE Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018 dan Eksekutif Akaun J. Walter Thompson Worldwide[21].

Pada 1 Ogos 2022 beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah , Lembaga Minyak Sawit Malaysia[22].

Penglibatan persatuan sunting

Na'im Brundage aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan, terutamanya dalam Kelab Gemilang Malaysia, dengan jawatan disandangnya termasuk Pengasas,[23] Pengerusi[24] serta pernah menjawat sebagai Pengarah Sains , Teknologi dan Inovasi - Kelab Gemilang Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Na'im Brundage". my.linkedin.com.
  2. ^ "Pelajar tajaan MARA dilarang berpolitik". api.bharian.com.my.
  3. ^ "12 Ketua AMK negeri diumum". www.hmetro.com.my.
  4. ^ "Need for specific anti-racial discrimination law to strengthen unity". www.thesundaily.my.
  5. ^ "PKR Cabang Kepong terima kepimpinan muda". www.pressreader.com.
  6. ^ "Kes LTTE: PKR Kepong beri ruang polis siasat bekas ketua cabang". www.malaysiakini.com.
  7. ^ "3 varsity students win posts in Kepong PKR". www.nst.com.my.
  8. ^ "MBM Terima Kunjungan dari Mahasiswa Keadilan". belia.org.my.
  9. ^ "Mahasiswa HARAPAN ajak menteri berdebat". m.malaysiakini.com.
  10. ^ "Kronologi desas desus perubahan kerajaan". www.mstar.com.my.
  11. ^ "Kronologi bersejarah peralihan Kerajaan PH ke PN". harakahdaily.net.
  12. ^ "Larry Sng Parti Bangsa Malaysia Chief". www.nst.com.my.
  13. ^ "Jangan campuri urusan PM lantik menteri PBM beritahu bersatu". www.freemalaysiatoday.com.
  14. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan
  15. ^ NASIR, ASLINDA (2023-12-05). "Armada gesa siasat video tular kerjasama Malaysia - Israel". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-06.
  16. ^ "NOBLEMAN". noblemancreations.com.
  17. ^ "Kajian: PH tidak lagi kuasai ruang digital". m.malaysiakini.com.
  18. ^ "#Showbiz: Siti stands good chance to win seat in GE15". www.nst.com.my.
  19. ^ "INVOKE CMO leaves to start own outfit". marketingmagazine.com.my.
  20. ^ "INVOKE malaysia launches digital marketing agency". www.marketing-interactive.com.
  21. ^ "Na'im Brundage". my.linkedin.com.
  22. ^ "Board Members Malaysian Palm Oil Board (MPOB)". mpob.gov.my.
  23. ^ "Pupuk semangat patriotisme". www.hmetro.com.my.
  24. ^ "Pelitup muka pakai buang dijangka tambah 62,000 tan sisa plastik setahun". malaysiagazette.com.