Nabil Bentaleb

Pemain bola sepak

Nabil Bentaleb (lahir 24 November 1994) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Newcastle United secara pinjaman dari FC Schalke 04 dan pasukan kebangsaan Algeria.

Nabil Bentaleb
Nabil Bentaleb 2014.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhNabil Bentaleb[1]
Tarikh lahir (1994-11-24) 24 November 1994 (umur 25)[2]
Tempat lahirLille, Perancis
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)[3]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniNewcastle United
(dipinjam dari Schalke 04)
Nombor42
Kerjaya remaja
2001–2004AJS Wazemmes
2004–2009Lille
2009Mouscron
2010–2012Dunkerque
2012–2013Tottenham Hotspur
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2017Tottenham Hotspur46(0)
2016–2017Schalke 04 (pinjam)32(5)
2017–Schalke 0441(7)
2019Schalke 04 II2(0)
2020–Newcastle United (pinjam)3(0)
Pasukan kebangsaan
2012Perancis B191(0)
2014–Algeria35(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 22 Februari 2020.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20 Disember 2018

Karier kelabSunting

Karier awalSunting

Dilahirkan di Lille kepada ibu bapa dari Algeria,[4] Bentaleb memulakan kariernya di akademi pasukan tempatan, Lille.[5] Walau bagaimapun dia dikeluarkan daripada akademi ketika berumur 15 tahun dan kemudiannya ke Belgium untuk bermain bersama Mouscron. Bentaleb kemudiannya pergi menjalani ujian percubaan dengan Birmingham City sebelum menandatanganiu dengan akademi Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2012. Ketika musim 2012–13 Bentaleb berjaya masuk ke pasukan bawah-21 di Tottenham dan menjaringkan empat gol dalam empat belas perlawanan, termasuk gol kemenangan ketika menentang akademi Arsenal.[6] Aksinya yang cemerlang membolehkannya mendapat kontrak baru empat tahun di Tottenham Hotspur sehingga tahun 2018.[6]

Tottenham HotspurSunting

Pada 22 Disember 2013, Bentaleb dipilih ke dalam skuad utama 18 pemain Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana menentang Southampton.[7] Dia membuat penampilan profesional yang pertamanya dalam perlawanan itu selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 50 menggantikan Mousa Dembélé, Tottenham menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[7] Dia bermula dalam kesebelasan utama buat kali pertama ketika Derby London Utara menentang Arsenal dalam perlawanan Piala FA pada 4 Januari. Dia kemudiannya bermain menentang Crystal Palace, dimana dia menang anugerah pemain terbaik perlawanan dan Swansea, dimana dia sekali lagi beraksi cemerlang. Pada 20 Februari 2014, dia bermain dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Liga Europa menentang Dnipro.

RujukanSunting

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 37. Dicapai pada 13 February 2014.
  2. ^ Nabil Bentaleb – Rekod persaingan UEFA
  3. ^ http://www.tottenhamhotspur.com/first-team-profiles/nabil-bentaleb/
  4. ^ http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2537840/Nabil-Bentaleb-persuaded-play-England-FA.html
  5. ^ Coombs, Dan. "Five facts about Tottenham's under-21 hero Nabil Bentaleb". Here is the City. Dicapai pada 22 December 2013.
  6. ^ a b "NEW DEAL FOR NABIL". Tottenham Hotspur Football Club. Dicapai pada 22 December 2013.
  7. ^ a b "SOUTHAMPTON VS. TOTTENHAM HOTSPUR 2 - 3". Soccerway. Dicapai pada 22 December 2013.

Pautan luarSunting