Nada dering Crazy Frog


Nada dering Crazy Frog merupakan nada dering yang mencapai jualan yang tertinggi sebanyak £40 juta (RM261 juta) di United Kingdom pada tahun 2005. Pencapaian ini merupakan 31% daripada pasaran nada dering British. Crazy Frog dimuat turun sebanyak 11 juta kali di Eropah pada tahun tersebut, selepas digalakkan oleh kempen pengiklanan televisyen. Kanak-kanak di antara 5 hingga 15 tahun merupakan pengguna nada dering yang utama.

Crazy Frog dicipta pada tahun 1998 sewaktu Daniel Malmedahl, seroang budak Sweden yang berumur 10 tahun ketika itu, ingin mendengar bunyi enjin dua-lejang meligat. Permintaan ini dipenuhi oleh Erik Wernquist, seorang artis grafik, yang merekakan makhluk serta mengeluarkan sedutan filem yang digelarnya "Benda Menjengkel" ("Annoying Thing"). Gelaran ini disebabkan bunyi nadanya betul-betul amat menjengkelkan.

Pada minggu terakhir 2005, Pihak Berkuasa Britain telah mendenda Jamster, yakni pembekal Crazy Frog, sebanyak £40,000 kerana tidak memaklumkan pelanggannya bahawa perkhidmatan langganan sebanyak £5 seminggu dikenakan.