Nadhilah Suhaimi merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit yang telah berkecimpung semenjak tahun 2005 dalam industri teater Malaysia. Sebagai seorang penggiat yang prolifik, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan termasuk dianugerahkan sebagai pelakon dan pengarah terbaik dalam beberapa festival teater di Malaysia. Pada tahun 2015, Beliau mewakili Malaysia ke Majlis Sastera Asia Tenggara yang diadakan di Bogor, Indonesia. Beliau juga merupakan Pengurus Bilik Sastera Asia yang mengumpulkan penyair dan seniman dari negara-negara Asia. Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Teater Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai guru di SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad di Pulau Pinang.

KL International Arts Festival 2019 & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan
Pengarah Datuk Dinsman dan Penolong Pengarah (Lakon) Nadhilah Suhaimi Teater di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara
Nadhilah Suhaimi
Kelahiran1985 (umur 38–39)
PekerjaanPelakon
Pengarah
Penerbit
Tahun aktif2005–kini

Latar Belakang sunting

Nadhilah Suhaimi dilahirkan pada tahun 1985 di Tumpat, Kelantan. Anak keempat dari enam beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kota dan menyambung pelajaran menengahnya di SMK Pintu Geng, Kota Bharu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Kota, Kelantan. Setelah tamat tingkatan 6, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Pendidikan Seni Visual dan Minor Teater dalam Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semenjak di bangku sekolah menengah lagi, beliau telah mula aktif dalam kegiatan seni, budaya dan sastera di negeri Kelantan. Bakat seninya semakin menyerlah apabila beliau mengikuti pengajian Minor Teater dalam Pendidikan di UPSI. Semenjak itu, beliau terus berkarya dan berkembang dengan cemerlang dalam teater dan puisi tanahair.

Kejayaan sunting

  • Tempat ketiga Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2017 (Tamu Dari Medan Perang) anjuran JKKN
  • Tempat Ketiga Festival Teater Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun 2016 (The Maids) anjuran JKKN
  • Johan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2015 (The Maids) anjuran JKKN
  • Pengarah & Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2015 (The Maids) anjuran JKKN
  • Naib Johan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2013 (Perempuan Itu Bernama Barabah) anjuran JKKN
  • Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2013 (Perempuan Itu Bernama Barabah) anjuran JKKN
  • Naib Johan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perak tahun 2009 (Perempuan Itu Bernama Barabah) anjuran JKKN
  • Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perak tahun 2009 (Perempuan Itu Bernama Barabah) anjuran JKKN
  • Johan Kebangsaan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-27 tahun 2014 anjuran GAPENA & DBP
  • Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2014 anjuran GAPENA, 2PNP & DBP
  • Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2013 anjuran GAPENA, 2PNP & DBP
  • Naib Johan Short Japanese Drama Contest Peringkat Antarabangsa tahun 2009 anjuran Japan Foundation Kuala Lumpur
  • Finalis 10 terbaik Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak tahun 2009 anjuran GAPENA,
  • Tempat Ketiga Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak tahun 2008 anjuran GAPENA
  • Finalis Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Bahasa dan Sastera Negara Peringkat Negeri Kelantan tahun 2002 anjuran DBP

Pengalaman Teater sunting

  • Teater Malam Jahanam 2020 sempena Projek Persembahan Akhir Diploma Teater UPSI (Pengarah Lakonan dan Pembimbing Pengarahan)
  • Teater Nur sempena Festival Teater Islam Dunia Pertama 2019 di Pekanbaru, Riau. (Watak Ibu)
  • Teater di Sawah Padi Muzika Uda & Dara sempena KL International Arts Festival 2019 & Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan. (Penolong Pengarah (Lakon) & Watak Ibu Uda)
  • Teater Tradisional Makyung Anak Raja Gondang 2019 anjuran USM. (Watak Anak Raja Gondang)
  • Teater Muzika Uda dan Dara 2019 sempena Projek Persembahan Akhir Diploma Teater UPSI (Pembimbing dan Pengarah Lakon)
  • Teater Tradisional Makyung Raja Besar Maha Gading 2018 anjuran USM. (Watak Putera Bongsu)
  • WorldI International Conference on Islamic Thought and Civilization: Appreciating The Arts (WCIT2018) . Theatre Performance The Guest from the Field of War. (Watak Queen)
  • Teater Tradisional Makyung Sindung 2017 anjuran USM. (Watak Sindung)
  • Teater Fatimah binti Muhammad dalam Surealisme Tjut Nya' Dhien tahun 2017 anjuran Kerajaan Negeri Pahang. (Watak Tjut Nya' Dhien)
  • Teater Lina & Lijah anjuran Georgetown International Arts Festival 2017. (Watak Lijah)
  • Teater Perempuan Dari Medan Perang sempena Festival Teater Kuantan 2017. (Watak Queen)
  • Teater Perempuan Dari Medan Perang sempena Pertemuan Seni di USAS 2017 Peringkat Antarabangsa. (Watak Queen)
  • Teater Atas Pokok (Malaysia Books of Record) 2016 anjuran PAKSI dan Kerajaan Negeri Selangor. (Watak Nadhilah)
  • Teater Purbawara Matinya Seorang Pahlawan 2016 anjuran GASEWAP & JKKNPP. (Penerbit & Narator)
  • Teater The Maids 2016 anjuran JKKN (Penerbit, Pengarah & Pelakon Utama)
  • Teater The Maids 2015 anjuran GASEWAP & JKKNPP. (Penerbit, Pengarah & Pelakon Utama)
  • Majlis Sastera Asia Tenggara Peringkat Antarabangsa 2015, Bogor, Indonesia. (Wakil Malaysia)
  • Teater Kyogen Pengganti Zen 2015 anjuran GASEWAP, RINTIS & USM. (Penerbit, Pereka Kostum dan Penampilan Khas)
  • Teater Nur sempena Projek Kolaborasi Infiniti 2014 anjuran GASEWAP & JKKNPP, Auditorium P. Ramlee. (Watak Ibu)
  • Teater Katastrofi sempena Projek Kolaborasi Infiniti 2014 anjuran GASEWAP & JKKNPP, Auditorium P. Ramlee. (Watak Mona)
  • Teater Umbok sempena Projek Kolaborasi Infiniti 2014 anjuran GASEWAP & JKKNPP, Auditorium P. Ramlee. (Pengarah)
  • Teater Nur & Katastrofi sempena Academic Performance Workshop 2014, UPSI (Pelakon & Pembentang Kertas Kerja)
  • Teater Perempuan Itu Bernama Barabah 2013 anjuran GASEWAP, RINTIS & USM. (Penerbit & Watak Barabah)
  • Monolog Yosephina sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013. (Pelakon)
  • Teater Kolaborasi LIMA 2012 anjuran GASEWAP & USM. (Penerbit & Pelakon Utama untuk Teater Nur dan Katastrofi)
  • Teater Perempuan Itu Bernama Barabah 2012 anjuran GASEWAP & DBP. (Penerbit & Watak Barabah)
  • Teater Perempuan Itu Bernama Barabah 2009 anjuran Minor Teater UPSI di Auditorium Utama UPSI, (Watak Barabah)
  • Teater Perempuan Itu Bernama Barabah 2009 sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perak, (Watak Barabah)
  • Bangsawan Puteri Sakdung sempena Semarak Seni Bangsawan 2009 anjuran UPSI & JKKN di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. (Watak Puteri Sakdung)
  • Makyung Raja Tangkai Hati sempena Makyong Extravaganza 2009 (Antarabangsa) anjuran JKKN di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. (Watak Puteri Cempaka Emas)
  • Bangsawan Puteri Sakdung 2008 anjuran UPSI di Panggung Budaya UPSI. (Watak Puteri Sakdung)
  • Teater Tiang Seri Tegak Berlima 2008 di Panggung Budaya UPSI. (Watak Siti Muhsinat)
  • Teater Mahkamah Keadilan 2007 di Panggung Budaya UPSI. (Pengurus FOH dan Pelakon)
  • Teater Sawo 2006 di Panggung Budaya UPSI. (Krew)
  • Teater Muzikal Mahsuri tahun 2006, di Panggung Budaya UPSI. (Krew)

Penglibatan dalam Pertubuhan Berkaitan Seni Budaya sunting

TAHUN NAMA PERTUBUHAN JAWATAN/PERANAN
2015-Kini MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA AHLI
2012-Kini GABUNGAN SENI WARISAN ANAK PINANG, PULAU PINANG SETIAUSAHA
2014-Kini KELAB PENYAIR DAN DEKLAMATOR KEBANGSAAN AHLI
2015-Kini BILIK SASTERA ASIA TENGGARA (PUISI) PENGURUS (MALAYSIA)
2013-Kini PERSATUAN PENULIS PULAU PINANG AHLI JAWATANKUASA

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Making theatre matter

https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2017/07/07/making-theatre-matter

  • A mak yong performance in the north

https://www.themalaysianinsight.com/g/40767

  • Raja Besar Maha Gading di USM

https://www.hmetro.com.my/rap/2018/03/317490/raja-besar-maha-gading-di-usm

  • Teater rakyat Uda dan Dara

https://www.wilayahku.com.my/teater-rakyat-uda-dan-dara/#.X5sCIYgzZPZ

  • Malay classic ‘Uda Dan Dara’ gets a paddy field restaging in downtown KL

https://news.nestia.com/detail/-/2569189

  • Teater Atas Pokok Diiktiraf MBOR

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/17/teater-atas-pokok-diiktiraf-mbor

  • Teater Atas Pokok cetus kelainan baru persada seni tanah air

https://malaysiadateline.com/teater-atas-pokok-cetus-kelainan-baru-persana-seni-tanahair/

  • 'Nur' Yang Murtad dan Dua Pelakon Wanita

http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/01/nur-yang-murtad-dan-dua-pelakon-wanita.html