Nadhir Nasar
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara.[1][2] Nadhir juga mesra dengan panggilan Lucky.[3]
Nadhir Nasar | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar 17 Disember 1996 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Komunikasi Massa (Penyiaran) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2016–kini |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Kerjaya sunting
Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, dari 2016 sehingga 2019.[4] Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan.[5]
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother of All Lies[6] dan Naim dalam siri Astro Originals Projek: High Council.[7][8]
Nadhir juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Tujuh Hari Di Bawah Matahari dengan memegang watak sebagai Emil Zulkifli.[9][10]
Sebagai pengarah, beliau mengarahkan muzik video lagu "Malampagi" nyanyian Saixse.[11]
Kehidupan peribadi sunting
Nadhir Nasar dilahirkan di Lansing, Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun.[12] Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Nadhir merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Nadhir mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya sebelum meneruskan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di universiti awam tersebut.[4]
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Tujuh Hari Di Bawah Matahari | Emil Zulkifli | Filem pendek |
2023 | Mami Jarum Kembali | Mario | Filem pertama |
2024 | Pendekar Awang | Tahir | Pos-produksi |
TBA | Nur | Dalam perancangan |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Nadhir | Astro Prima | Episod 4 |
2020 | Tercipta Satu Ikatan | Sirhan | Astro Ria | |
2021 | Projek: Anchor SPM | Hilmi Zulkarnain | Astro Citra | |
i-Tanggang | Syafiq Hambali | |||
2022 | Nusyuz Berkiblat Cinta | Erfhan | Astro Ria | |
Ash & Aish | Izhan | |||
2023 | Projek: High Council | Naim Ismet | ||
SuperWira | Roy | Astro Ceria | ||
My Famous Ex-Boyfriend | Jamie | Astro Ria |
Web drama sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Runway In Seoul | Dirinya sendiri | Viu | Bersama Meerqeen |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Kebal Janji Syaitan | Idin Ishak | Astro Citra | |
Abah | Nukman | TV1 |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Selebriti First Job | Dirinya sendiri | Astro Ria | |
Hero Remaja 2021/2022 | Pengacara | Bersama Shaza Bae | ||
2022 | Kelentang Kelentung Pom Pom | Artis jemputan |
Iklan sunting
Tahun | Iklan | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Yes | ||
2023 | Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam Star |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Profil Hero Nadhir Nasar Remaja. Dicapai pada 26 Januari 2021.
- ^ Asyraf Roslan (16 Julai 2020). Penantian berakhir, Nadhir Nasar dinobat Hero Remaja 2020 Astro Awani. Dicapai pada 26 Januari 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (9 November 2021). "Nadhir harap gelaran Lucky bawa rezeki". Berita Harian. Dicapai pada 23 November 2021.
- ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (21 April 2023). "Lebaran dua hero remaja". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (10 September 2021). "Nadhir tak hentam kromo". Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2021.
- ^ Hanisah Selamat (8 Mac 2022). "Bukan besar kepala, ada sebab Nadhir Nasar tolak 'job'". Kosmo!. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Alif Fadli (4 September 2022). "Jangan takut ubah landskap industri – Nadhir Nasar". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (16 Mac 2023). "Pujian boleh jadi virus - Nadhir Nasar". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2023.
- ^ Sairul Zamri Misrani (15 Mei 2022). "Nadhir Nasar memilih menjadi 'selektif'". Kosmo!. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Farol Hadi (22 April 2022). "'7 Hari Di Bawah Matahari' angkat kisah perjuangan pasca Covid-19, selit mesej erti kehidupan berdepan endemik". mStar Online. Dicapai pada 21 September 2022.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (3 Oktober 2023). "Nadhir Nasar jawab kontroversi MV Malampagi". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ Georgie Joseph (17 Mac 2023). "Rentak seni Nadhir". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2023.