Nadia Aqilah

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Nadia Aqilah Bajuri)

Nadia Aqilah Bajuri (Jawi: ناديا اقيله; lahir 16 Ogos 1985) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1]

Nadia Aqilah
Nadia pada September 2014.
Kelahiran
Nadia Aqilah binti Bajuri

(1985-08-16) 16 Ogos 1985 (umur 38)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2007–kini
PasanganSaiful Ridzuan Sharafuddin (k. 2018)
Anak-anak2
Ibu bapaBajuri Bemawi (bapa)
SaudaraBahri Uma Bajuri (abang)

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai salah seorang ahli kumpulan Luscious yang turut dianggotai oleh Ruzana Ibrahim dan Eenaz Mokhtar.

Kerjaya sunting

Selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Nadia juga aktif dalam bidang nyanyian apabila mempunyai beberapa single yang popular dikalangan peminat muzik di Malaysia seperti lagu "Patah Sayap", "Dalam Keraguan" dan lagu bertemakan keagamaan "Sujudku". Sebelum ini, Nadia pernah menganggotai kumpulan Luscious yang menjadi popular setelah menyertai program anjuran TV3 iaitu Gang Starz.[2] Nadia juga pernah menghasilkan sebuah album solo yang mengandungi tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga lagu Melayu berjudul DIVA.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 21 April 2018, Nadia sah bergelar isteri kepada Saiful Ridzuan Sharafuddin, vokalis kumpulan Seven Collar T-Shirt.[4] Nadia merupakan adik kepada pengarah terkenal, Bahri Uma.

Pada 4 Disember 2019, Nadia dan Saiful Ridzuan telah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Senja Aqila.[5][6] Pada tahun 2023, Nadia dikurniakan anak lelaki, Bayu Aria.[7]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tahun Tajuk Catatan
2010 Nadia Aqilah Album pertama

Single sunting

Tahun Tajuk Catatan
2010 "Diriku Untukmu" OST Tari Tirana
2014 "Patah Sayap" OST Kerana Terpaksa Aku Relakan
"Siapa Diriku" (feat. Amylea Azizan)
2015 "Sujudku" OST Bila Hati Telah Hitam
2016 "Dalam Keraguan" OST Mariam Alisa
"Hadir"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Zaiton: Ceritaku[8][9] Zaiton Sameon Filem pertama
2013 Kolumpo Siti
2017 Dorm Melati Zafirah
Mencari Rahmat Rose
2019 Dendam Pontianak Ida
Motif Lena (suara)
2021 Chomel Liz
2022 Renjana Che Jah
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Eva
MagiK
2024 Geng Kubur Pos-produksi
Mencari Ramlee Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Emil Emilda Shasha TV3 Lakonan pertama
2008 Sindarela Puteri Rania
2009 Merah Putih Mulan
Tari Tirana Chika
2011 Cita & Cinta Diya TV9
2013 I Eat KL Sabrina Bahari Unifi TV
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Zawati TV3
2015 Bila Hati Telah Hitam Astro Oasis
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Dr Nadia Unifi TV
2018 Balang Bawah Bulan Dian TV1
Nafas Murni NTV7
2019 Detak Cinta Stetoskop Maisarah TV Okey
Devoted Farah Viu Drama web
2020 Memoir Karmila Aisyah TV1
2021 Sitik Tok Ms. Rona TV3
Anak Sena Kuntum
2021–2022 Dukun Diva Che Yah Astro Citra
2022 Seribu Nina Yati Viu Drama web
Fantasia Inn Mek Mawarni TV Okey
2024 SeOfis Yana (Liyana) Tonton Drama web
Khunsa Munah / Che Khun Astro Ria
Hari Itu Dalam Sejarah TV1 Drama pendek

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Memoir Aisyah Qistina TV3
Antara Garisan Umie Astro Ria
2011 Takdir Afina Afina TV3
2015 Cik Puan Sinderella Breen Astro Ria
2016 Kembali Senyum TV1
2017 Menantu Malam Raya Astro Raya HD
Playboy Di Mindaku TV9
Antara Rebab & Tari Kazumi Aki Kazumi TV1
2018 Aku Posmen Senah Astro Citra
2020 Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph Senah
2022 Satu Tong Ema Gemilang TV & Astro Prima
Abah TV2

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2007 Puteri Gunung Ledang The Musical
2008 P.Ramlee The Musical
2010 Terima Kasih Cinta
2011 The Secret Life of Nora
2015 Sekuntum Mawar Merah Mawar
2018 Dato' Seri
Yeop Tribute To Syed Alwi
Bangsawan Dendam Laksamana

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Peserta Gang Starz musim pertama (2006)

Rujukan sunting

  1. ^ Nadia Aqilah Berjaya Elak Kejutan Budaya mStar Online (13 Oktober 2012). Dicapai pada 18 Mac 2013.
  2. ^ Wanda Idris (10 Julai 2007). Luscious mengejar kerlipan bintang. Utusan Online.
  3. ^ MOHD. RASDAN AHMAD (18 November 2012). Tak suka jaja kisah peribadi - Nadia Aqilah. Diarkibkan 2018-02-18 di Wayback Machine Utusan Online.
  4. ^ Khaleeda Rashikin (21 April 2018). (Gambar) Tahniah! Nadia Aqilah Kini Bergelar Isteri. Media Hiburan.
  5. ^ Nadia Aqilah Kongsi Gambar Bayi, Pilih Nama Anak Senja. gempak. Dicapai pada Jun 11,2020.
  6. ^ Nadia Aqilah hamil anak pertama. sinar harian. Dicapai Jun 11,2020.
  7. ^ Siti Athirah Dzulkifly (24 November 2023). "Tak berani cakap nak 'tutup kedai' – Nadia Aqilah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2024.
  8. ^ Nadia Aqilah Kecewa dan Hairan Dengan Zaiton? Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  9. ^ Saya cabar diri bawa watak besar Saloma - Nadia Aqilah Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2013.

Pautan luar sunting