Nadiah Hamzah ialah seorang pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal dengan mengarahkan filem sulungnya, Motif (2019).[1][2][3]

Nadiah Hamzah
Kelahiran
PendidikanIjazah Seni Halus (Filem dan Televisyen)
Pusat pendidikanTisch School of the Arts
PekerjaanPengarah, penulis skrip, ahli sinematografi, penyunting
Tahun aktif2009–kini
Laman web rasminadiahhamzah.com

Kerjaya sunting

Sebelum menjadi pengarah, Nadiah Hamzah bekerja dalam sektor pengiklanan. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyalin iklan di firma pengiklanan McCann Erickson dalam tempoh jangka pendek.[4]

Selepas menamatkan pengajiannya di Tisch School of the Arts pada 2011, Nadiah menjalani latihan di bawah bimbingan pembikin filem ternama seperti Spike Lee. Beliau pernah mengarahkan sebuah filem pendek bertajuk Hujan Panas yang dibintangi oleh Beto Kusyairy. Berlatarkan Bandar Raya New York, filem pendek ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang berasa ragu-ragu mengenai perkahwinannya dengan tunangnya.[4]

Pada Jun 2019, Nadiah ialah salah seorang daripada tiga pengarah Malaysia, dua lagi termasuk Syed Madnuh dan Emir Ezwan melakar sejarah istimewa apabila meraih pingat gangsa bagi kategori Pesanan Khidmat Masyarakat di anugerah antarabangsa Cannes Lion 2019 di Perancis. Video kempen yang mengangkat tema kepelbagaian kaum dan mesej anti-buli berjudul Voice of The Children itu berjaya menarik perhatian juri selain mengundang emosi dalam jiwa penonton.[5][6]

Beliau paling dikenali menerusi filem sulung arahannya, Motif yang dibintangi oleh Sharifah Amani dan Rosyam Nor.[1] Dikeluarkan pada 26 September 2019, filem ini pernah dipertontonkan di Festival Filem Timur Jauh Udine pada April 2019. Majalah hiburan A.S., The Hollywood Reporter memberi ulasan dengan berkata "ia kurang sempurna, namun [Nadiah] perlu dilihat".[1][4] Beliau turut mengarahkan muzik video untuk runut bunyi filem itu, "Takkan Merubah" oleh Sufian Suhaimi dan Amira Othman.

Inspirasi sunting

Salah satu inspirasi Nadiah dalam bidang pembikinan filem ialah Yasmin Ahmad. Beliau berkata: "Saya suka cara beliau menyelusuri hubungan manusia dalam karyanya".[4]

Kehidupan peribadi sunting

Nadiah dilahirkan di Pulau Pinang dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang. Ibu bapanya ialah pensyarah kimia manakala adik-beradiknya bekerja sebagai jurutera.[4] Beliau ialah lulusan Ijazah Seni Halus (Filem dan Televisyen) di Tisch School of the Arts di New York, Amerika Syarikat.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Pelakon Dikreditkan sebagai
2019 Motif Sharifah Amani, Rosyam Nor Pengarah
TBA Musytari Beto Kusyairy, Amyra Rosli

Filem pendek sunting

Tahun Tajuk Pelakon Dikreditkan sebagai
2011 Hujan Panas Beto Kusyairy Pengarah

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Dikreditkan sebagai
2016 "Menatap Dalam Mimpi" Siti Nurhaliza Pengarah
2019 "Takkan Merubah" Sufian Suhaimi dan Amira Othman

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Cannes Lion 2019 Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Dirinya sendiri Save for the Children Menang [5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Melanie Chalil (13 September 2019). "Why Malaysian director Nadiah Hamzah is worried about her debut feature film" [Kenapa pengarah Malaysia Nadiah Hamzah risau tentang filem cereka sulungnya] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 11 April 2020.
  2. ^ "Nadiah Hamzah's journey to her silver-screen debut" [Perjalanan Nadiah Hamzah ke penampilan sulung layar perak] (dalam bahasa Inggeris). Kolej IACT. 25 September 2019. Dicapai pada 11 April 2020.
  3. ^ Nisa Irina (16 September 2019). "Nadiah Hamzah rasa puas berkarya untuk hasilkan Motif". Cinema Online. Dicapai pada 11 April 2020.
  4. ^ a b c d e f Bissme S (27 Jun 2019). "The one to watch" [Yang perlu dilihat] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 11 April 2020.
  5. ^ a b Najiy Jefri (15 Ogos 2019). "Menang di Cannes". Harian Metro. Dicapai pada 11 April 2020.
  6. ^ a b "#Showbiz: Malaysian directors win bronze in Cannes Lion" [#Hiburan: Pengarah Malaysia memenangi gangsa di Cannes Lion] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 15 Ogos 2019. Dicapai pada 11 April 2020.

Pautan luar sunting