Nadira Azizan

Penyampai radio Malaysia (1976-2017)

Khidirah Naimah Mohd Zain atau lebih dikenali Nadira Azizan (18 November 1976 – 29 Oktober 2017)[1] merupakan seorang penyampai radio Malaysia, terkenal sebagai penyampai radio Era dan THR Gegar. Beliau merupakan salah seorang penyampai terawal Era, yang memulakan siaran pada 1 Ogos 1998, bersama-sama dengan Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin, Kudsia Kahar dan Najman Mohamed.[2]

Nadira Azizan
Kelahiran
Khidirah Naimah binti Mohd Zain

(1976-11-18)18 November 1976
Meninggal dunia29 Oktober 2017(2017-10-29) (umur 40)
Sebab kematianDemam denggi
PekerjaanPenyampai radio
Tahun aktif1998–2017
MajikanAstro Radio (1998-2017)
PasanganHasrulrizal Hassan
Anak-anak5

Beliau paling dikenali kerana pernah bergandingan dengan Halim semasa teman penyampai ketika itu, Jamal bercuti. Pada tahun 2008, Nadira menamatkan khidmatnya di Era selepas 10 tahun berkhidmat dan menyertai THR Gegar (kini Gegar) sebagai Eksekutif Muzik dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan sehingga kematiannya.

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia pada 29 Oktober 2017 akibat demam denggi pada usia 40 tahun.[3] Beliau meninggalkan suami Hasrulrizal Hassan dan lima anak.[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Zaidi Mohamad (29 Oktober 2017). Bekas penyampai Era FM meninggal dunia Berita Harian. Diperoleh pada 10 Ogos 2018.
  2. ^ "Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia". mStar Online. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  3. ^ Georgie Joseph (29 Oktober 2017). "Nadira Azizan meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  4. ^ Budiey (29 Oktober 2017). "Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  5. ^ "Nadira Azizan THR Gegar Meninggal Dunia". Astro Gempak. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2018.

Pautan luar

sunting