Nafiz Muaz

Pelakon lelaki Malaysia

Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir (lahir 22 Disember 1998) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah finalis bagi Drama Festival Kuala Lumpur 2016.[1]

Nafiz Muaz
Kelahiran
Muhd Nafiz Muaz bin Mat Nasir

(1998-12-22) 22 Disember 1998 (umur 25)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2016–kini
PasanganDiyana Omar (k. 2021)

Kerjaya sunting

Nafiz menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 selepas diminta oleh ibunya untuk menghadiri ujibakat. Beliau berjaya menjadi salah seorang finalis pertandingan tersebut yang juga disertai oleh Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.[2] Sejak itu, beliau telah berlakon dalam beberapa drama televisyen.

Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam Budak Boys. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.

Peranan terkenal beliau hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[3] Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.

Beliau turut berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Semua Salahku, memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan bersama Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Di luar kerjayanya sebagai pelakon, Nafiz juga giat membantu keluarganya berniaga roti dengan mengendalikan perniagaan dikenali sebagai Perusahaan Roti SM yang diusahakan oleh datuknya.[5]

Beliau berkahwin dengan Diyana Omar pada 2 Januari 2021.[perlu rujukan]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 The Disappearance of Irdina Adhwa Filem pertama
Seratus Penampilan khas
2023 Walid Ringgo
2024 Pemburu Saka

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Amsyar Hisyam TV9 Drama pertama
Sweetie Nanie Radhi TV3
2017 Jejak Karmila Syed Zaidi (remaja)
2018 Budak Boys Hakim
Cinta Koko Coklat Naim NTV7
Teratai Kemboja Hamdan TV3
Cinta Tiada Ganti Reza Astro Prima Adaptasi drama Filipina
Melodi Cinta Sara Hakim TV Okey
2019 Encik Iman Ekspres Izzat Hairi Astro Ria
Semua Salahku Harris TV3
Hilang Yang Kembali Danial
Cinta Belum Tamat Tempoh Radin Astro Ria
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Kris Al-Hadi
2021 Covid Oh Covid Zafrin TV3
Hello, Jangan Tapau Cintaku Ash Fayyad
2022 Kau Cipta Kasih Idris
Sorry Naik Lori John IQIYI
Sembang Jarak Jauh Fahmi TV1
Rindu Kasih Hisham TV3
2023 Diva Seroja Cikgu Azlan
Tentang Hati Dia Khalid
2024 Rindu Kasih 2 Hisham
Dia Dari Syurga Kamil TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Bibah Bebel TV9
Pondok Itu Rumahku TV3
Ketika Daun Berzikir
2017 Tali Kasut TV9
2018 Bawaku Terbang Am ntv7
Azam Azam TV3
2019 Terima Kasih Ibu Nil Jibril Mikail
Takkan Gentar Ibrahim
Hijrah Itu Indah Hafiz TV Okey
2020 Next Station, Jodoh Big Awesome TV
Amanat Hassan TV3
2021 Maulidur Rasul Datang Lagi Adam
Kalut Firdaus RTM
2023 Kami TV Kimi Astro Citra
Pinjamkan Aku Pelangi Shahizam (dewasa) TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Finalis
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Najiy Jefri (5 Mac 2018). Ibu cungkil bakat Nafiz Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2018.
  2. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
  3. ^ Najiy Jefri (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  4. ^ Semakin serius dalam lakonan, Nafiz Muaz berharap bakat diterima ramai Astro Awani (16 September 2019). Dicapai pada 5 Oktober 2019.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (8 Februari 2017). Nafiz Muaz berlakon sambil berniaga roti Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2017.

Pautan luar sunting