Datuk Nahariah Hussein merupakan mantan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) ke-42 . Beliau mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Komandan Pulapol selepas 110 tahun institusi itu ditubuhkan. Sebelum ini, 41 orang komandan Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur itu adalah lelaki. Komandan Pulapol ke-41 disandang oleh SAC Zulkifli Mohamad .

Nahariah merupakan Ketua Penolong Pengarah D1 (Pentadbiran), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan Komandan Pulapol pada Januari 2014.

Meninggal dunia sunting

Pada 16 Mac 2015, Datuk Nahariah Hussein (58 tahun) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pemergian beliau disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan pemergian Allahyarham Nahariah merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan polis.[1]

Rujukan sunting