Naib Presiden Indonesia

Naib presiden Republik Indonesia ialah jawatan kedua tertinggi dalam cabang eksekutif kerajaan Indonesia selepas presiden. Sejak 2004, presiden dan naib presiden dipilih secara langsung untuk tempoh lima tahun.

Ma'ruf Amin ialah naib presiden Indonesia terkini.

Kelayakan memegang jawatan naib presiden sunting

Di bawah Undang-undang No. 42 Tahun 2008 tentang Pemilihan Presiden dan Wakil Presiden, seorang calon naib presiden harus:

  • percaya kepada Tuhan yang Maha Esa;
  • menjadi warganegara Indonesia sejak lahir, yang tidak menjadi warganegara di negara lain;
  • tidak mengkhianati negara dan tidak terlibat dalam sebarang rasuah atau jenayah lain;
  • berkemampuan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas;
  • menjadi penduduk tetap di wilayah Republik Indonesia;
  • telah melaporkan harta dan kekayaan peribadi kepada Suruhanjaya Pembasmian Rasuah ;
  • tidak mempunyai hutang secara individu atau kolektif yang boleh mengakibatkan kerugian kepada negara;
  • tidak diisytiharkan muflis oleh keputusan mahkamah;
  • tidak pernah terlibat dalam sebarang perbuatan keji;
  • didaftarkan sebagai pemilih;
  • berdaftar sebagai pembayar cukai dan membayar cukai untuk sekurang-kurangnya lima tahun terakhir;
  • tidak pernah menjadi naib presiden selama dua penggal sebelum ini;
  • setia kepada Pancasila, UUD 1945, dan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia ;
  • tidak pernah dijatuhi hukuman penjara lebih daripada lima tahun;
  • berumur tidak kurang daripada 35 tahun;
  • telah bersekolah sekurang-kurangnya Sekolah Menengah Atas atau lain-lain yang setaraf;
  • tidak pernah menjadi ahli Parti Komunis Indonesia atau mana-mana organisasi parti itu;
  • mempunyai visi, misi, dan program untuk melaksanakan jawatan naib presiden.

Senarai naib presiden sunting

Garis masa sunting

Ma'ruf AminJusuf KallaBoedionoJusuf KallaHamzah HazMegawati SukarnoputriB. J. HabibieTry SutrisnoSudharmonoUmar WirahadikusumahAdam MalikHamengkubuwono IXMohammad Hatta

Pautan luar sunting