Naim Daniel

Pelakon, penyanyi dan penulis lagu Malaysia

Muhammad Naim Daniel Baharin (Jawi: نعيم دانيال; lahir September 9 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan komposer Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema Emyliana, Pia, Lelaki Lingkungan Cinta, Projek: High Council dan I.D. serta filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, "Sekali Lagi" yang dikeluarkan pada 2018.

Naim Daniel
نعيم دانيال
Kelahiran
Muhammad Naim Daniel bin Baharin

(1997-09-09) 9 September 1997 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanSMK Yaacob Latiff Diploma Muzik (UiTM Shah Alam)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penulis lagu, komposer
Tahun aktif
  • 2008–kini (sebagai pelakon)
  • 2018–kini (sebagai penyanyi)
Ketinggian163 cm (5 ka 4 in)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
World Peace Entertaiment
Pengkarya berkait
Tuju (K-Clique), Man Keedal, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Sekumpulan Orang Gila, Dato' Jamal Abdillah

Kehidupan awal

sunting

Naim dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, KL. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[2][3]

Kerjaya lakonan

sunting

Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak.[4] Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz Fairuz, Ezany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.

Pada tahun 2012, Naim memegang watak sebagai Ibrahim dalam telefilem bertajuk Sebelum Kiamat yang berkisarkan tentang Ibrahim yang berhasrat ingin bertemu dengan ibu kandungnya yang telah terpisah daripadanya sejak kecil, sebelum kedatangan Hari Kiamat. Telefilem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Zamarul Hisham, Sherie Merlis dan Noorkhiriah. Pada tahun 2022, Naim meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi siri televisyen astro iaitu Projek: High Council yang turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar dan lain-lain.

Kerjaya muzik

sunting

Kerjaya muzik Naim bermula apabila kerap membuat lagu saduran di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu.[5] Pada tahun 2018, Naim mengikat kontrak dengan syarikat rakaman World Peace Entertainment yang baru ditubuhkan dan muncul bersama dua single serentak, iaitu "Sekali Lagi" dan "Sempurna".[6][7]

Kontroversi

sunting

Hak cipta bersama "Sumpah"

sunting

Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[8] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[9] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[10]

Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34

sunting

Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[11]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 29 Februari Budi (kecil) Filem pertama
2014 Dendam Orang Mati Halim
2017 Bisik Pada Langit Iqram
2020 Tyickoouns Mannan (kecil)
2021 Siapa Tutup Lampu? Akmal[12]
2024 Kahar: Kapla High Council Ayam
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008–2009 Jelma Reza gua.com.my Drama pertama
2009 Cucu Betong Raqib TV3
2010 Mr. Mama (Musim 3) Afif
2011 Gemilang Saifullah (kecil)
Cinta Elysa Imran
2012 Jangan Ambil Padang Kami Nik Astro Ria
2013 Ayam Aidil TV3
2013–2015 Ema Emyliana Khairul
2015 Wadi Faris
2016 Kemboja Di Hati Zafiri TV AlHijrah
2018 Love At The First Swipe Amir tonton
2019 PIA Budi TV3
Dapur Kita Haris
2020–2022 Pak Kodi 5G Naim
2020 Lelaki Lingkungan Cinta Adib
2022 Roxy Fahmi TV3
2023 Projek: High Council Ayam Astro Ria
Lecturerku Oppa Nizam iQIYI
Tanah Kubur (Musim 16) Kamil Astro Oasis Episod: "Suara Iblis"
2024 I.D. Aidi Zabran / Tengku Remy Astro Premier
Projek: Exit Usop

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Taubat Nasuha Azzrin TV3
Pun Pun Hafiz TV2
2012 Sebelum Kiamat Ibrahim TV3
2013 Menanti Hari Itu Adi Astro Ria
2015 Menantu Saat Adik Supiat Jijoe TV1
2016 Niqabi TV2
Dari Asar Ke Isyak Radhi
Ketika Daun Berzikir Darwish TV3
2017 Tali Kasut Shahmi TV9
Dosa Terlindung Irfan TV3
Daniel Haikal Daniel TV2[13]
2018 Vlog Laura Fahmi ntv7
Kurindu Kibarmu Hazriq TV1[14]
2019 Derita Pia Budi TV3
2020 Lagu Untuk Suri Johan Akbahar
Aku OCD Hakimi Astro Citra
Aku, Bunga Kahoe Astro First Eksklusif
Next Station, Jodoh Haikal Awesome TV
2021 Khilaf Terakhir Syafiq TV1
2022 Amshar Bukan Asha Amshar Rusli / Asha Rusli Astro Ria
2023 Rombongan Cik Kiah Ke AJL Udin tonton

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2022 Terpaling Juara Kapten TV3
Famili Duo (musim 2) Peserta pasangan selebriti bersama Sissy Imann
2024 I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) Panelis bersama Bell Ngasri, Riena Diana & Siti Khadijah Halim

Diskografi

sunting
Tajuk Butiran album Senarai runut
Fobia
  • Dikeluarkan: 22 Februari 2022
  • Label: World Peace Entertainment
  • Format: Digital download, streaming
  1. "Fobia"
  2. "Heaven"
  3. "OK (You OK ke tak tu?)" (bersama ALYPH)
  4. "Biar Tuhan"
  5. "Terpisah"
  6. "Adakah Engkau Menungguku" (Akustik)
  7. "Mainan"
  8. "Sumpah" (versi AJL)
  9. "D.U.A"

Single

sunting

Sebagai artis utama

sunting

Lagu-lagu lain

sunting
Tahun Tajuk Album Catatan
2018 "Sekali Lagi"
"Sempurna"
2019 "Sumpah" Lagu juara AJL34
"Adakah Engkau Menungguku"
(menampilkan Tuju)
2020 "Apa Sebenarnya"
"Bila"
"Malam"
"Sembah"
(menampilkan Man Keedal)
"Sedih"
(bersama Ismail Izzani)
"Lara"
(bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli)
Lagu finalis AJL36
"Purnama"
2021 "Bring It On"
(bersama Shalma Eliana)
"Janji Happy"
(bersama Alif Satar)
Lagu tema TV9
"Mainan" Fobia Lagu finalis

AJL37

2022 "Habis Sini"
(bersama Joe Flizzow)
"Fobia" Fobia
"Ya Rasulullah 1444"
(bersama Raihan)
"Mungkin Ini Adalah Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat"
(bersama Dolla)
"Ruaidah"
2023 "Kudrat"
(bersama Sekumpulan Orang Gila)
Runut bunyi rasmi Projek: High Council
2024 "Urat"
(bersama Dato' Jamal Abdillah)
"Jangan Mati Di Hari Ini"
Tahun Tajuk
2019 "Only U"
(bersama Priscilla Abby, Santesh dan Juzzthin)
2020 "With You"
(bersama Ismail Izzani, Khai Bahar, Daniesh Suffian dan Harris Baba)
"Harmoni Aidilfitri"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
"#RayaBersamaKITKAT"
(Bersama SonaOne, MK, Sweetqismina dan Empty Page!)
"Warna Merdeka"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
2021 "Raya Jelma"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat)
"Darahku"
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat, Hao Ren, Alan D dan Audi Mok)
2023 "OPPO Raya Gempak"

(bersama OPPO Malaysia)

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2013 Festival Filem Malaysia ke–25 Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 29 Februari Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Sumpah Juara
Hot FM Fabulous February Artis Fabulous February[15] Menang
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Menggunakan tulisan jawi dalam klip video, "Sembah"[16] Menang
2023 The Malaysia Book of Records First to sing upside down in a live performance The song of mainan during Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
ContentAsia Awards Silver - Best Supporting Actor Projek: High Council Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ Izzati Ramli (13 Disember 2017). "Selain berlakon, Naim Daniel Juga Boleh Menyanyi, Ini Dia 8 Video ..." Media Hiburan. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2018). "Naim Daniel mahu menyanyi dulu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-18. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (26 Oktober 2018). "Naim mahu sambung pengajian ke peringkat ijazah". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  4. ^ Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor (23 Julai 2018). "Pengorbanan Naim Daniel". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-24. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  5. ^ Nurul Fadila Awaludin (31 Januari 2018). "Bidang nyanyian taruhan Naim Daniel". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-01. Dicapai pada 27 Mac 2018.
  6. ^ Nurfarhana Mohamed (20 Julai 2018). "Naim Daniel tolak 10 tawaran berlakon demi nyanyian". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  7. ^ Nur Asyikin Mahyudin (18 Januari 2018). Naim Daniel Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti mStar Online. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Salehuddin (20 Februari 2020). "Dayana beri tempoh seminggu, Naim mahu bukti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  9. ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Sallehuddin (20 Februari 2020). "Naim pertahan mahu bukti keluarga Dayana tersinggung". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  10. ^ Asyraf Roslan (7 Februari 2020). 'Sumpah' kekal milik Naim Daniel Astro Awani. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  11. ^ Serimah Mohd Sallehudin (8 Februari 2020). Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  12. ^ "Siapa Tutup Lampu" (24 Mei 2021). Temptation Shack. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  13. ^ Siaran Media - Daniel Haikal[pautan mati kekal] RTM. 20 November 2017. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  14. ^ Siaran Media - Kurindu Kibarmu[pautan mati kekal] RTM. 4 September 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
  15. ^ Puteri Nadia (12 Februari 2020). Artis Fabulous February- Naim Daniel Diarkibkan 2020-11-25 di Wayback Machine Hot FM. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  16. ^ Georgie Joseph (1 Mac 2020). Naim dapat pengiktirafan DBP pula Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2020.

Pautan luar

sunting