Dr. Najahudin Lateh adalah Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia. Pengkhususan dalam bidang Ilmu Hadis, Muamalat & Kewangan Islam, hartanah Islam, pemasaran internet dan Sanad Hadis. Beliau juga bertindak sebagai Pengerusi Pertubuhan Anggerik Care (Organisasi Amal), Timbalan Pengerusi Yayasan Ilmiah Selangor, Anggota Lajnah Tahqiq Hadith Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal dan Penasihat Syariah untuk Messrs Mohd Anuar & Co.