Najee Abdullah atau lebih dikenali sebagai G-Funk (1967 – 13 April 2017) merupakan seorang penyampai radio, penerbit rakaman dan penyiar Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan hip hop Malaysia, Krash Kozz.[1]

Najee Abdullah
Kelahiran1967 (1967)
Meninggal dunia13 April 2017(2017-04-13) (umur 49–50)
Sebab kematianKanser paru-paru
PekerjaanPenyampai radio, Penyiar, Penerbit rakaman
Tahun aktif1993–2017

Biografi sunting

Najee dilahirkan di Melaka pada tahun 1967.[1] Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada lewat 1980-an dan memulakan kerjaya kelab bersama Datuk Jake Abdullah (kini CEO Astro Radio) di beberapa kelab di sekitar ibu kota termasuk Traqs dan Baze di Wisma Central.[1]

Najee ialah salah seorang daripada barisan kedua ahli kumpulan Krash Kozz pada awal 1990-an, bersama-sama Joe Siva dan Noramin,[1] sebelum ia disertai oleh Fawzi Kamaruddin dan Albert Chong. Kumpulan ini mengikat kontrak bersama Valentine Sound Productions (VSP) dan merakamkan album ketiga, New Jack The Street Beat pada 1993.[1] Beliau seterusnya melakar nama dengan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyiaran radio di beberapa stesen radio termasuk Time Highway Radio (THR), TraXX FM dan Red 104.9 sehingga 2016.[1]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 13 April 2017 akibat kanser paru-paru pada usia 50 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Jason Cheah (14 April 2017). "Legendary Malaysian deejay Najee Abdullah dies" [Deejay legenda Malaysia, Najee Abdullah meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 Disember 2017.

Pautan luar sunting