Najihatussalehah Ahmad

ahli politik Malaysia

Dr Najihatussalehah binti Ahmad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Dr

Najihatussalehah Ahmad

KMN
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Bota
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehKhairul Shahril Mohamed
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
Memegang jawatan
2013
Butiran peribadi
Lahir (1966-11-15) 15 November 1966 (umur 57)
Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Bota, Perak
Parti politik PAS
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
KediamanPerak Parit, Perak
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah
ProfesionDoktor
Laman web rasmihttp://www.pas.org.my/

Latar Belakang sunting

Najihatussalehah dilahirkan pada 15 November 1966 di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Ketika zaman kanak-kanak, beliau menetap di Parit dan Batu Gajah. Pada tahun 1976 beliau berpindah ke Gunung Semanggol. Beliau mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Wah, Gunung Semanggol, Taiping Kemudian melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (1979-1981) dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (kini SMA Labu) (1982-1983). Pada tahun 1992, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya tahun 1992.

Penglibatan dalam politik dan NGO sunting

Najihatussalehah bergiat dalam persatuan mahasiswa semenjak 1986 di Universiti Malaya. Beliau merupakan salah seorang Alumni SMAP Labu atau dikenali sebagai IKMAL. Beliau juga merupakan Ahli seumur hidup Persatuan Bekas Pelajar Izuddin Taayah (PBPSISTA)[1].

Dalam badan kebajikan, beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) 2009 hingga kini, dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA) 2008 hingga kini.

Najihatussalehah juga mempunyai sebuah Klinik Najiha di Bota yang dibuka pada tahun 1997. Beliau juga berpengalaman sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Changkat Melintang dan Klinik Hidayah di Bagan Serai.[2]

Dalam Parti Islam Se-Malaysia, beliau pernah menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit (1997/2001), Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit (2003 hingga kini), Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak (2011 hingga kini)[3], dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (2007 hingga kini)[4]. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017[5].Bagi sessi 2019-2021,Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Penerangan Media Baru PAS PUSAT manakala bagi Dewan Muslimat PAS Pusat ,beliau adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS PUSAT .

Pilihanraya sunting

Najihatussalehah pernah bertanding sebagai calon Parlimen Parit dalam tahun 2008, Dewan Undangan Negeri (ADUN) N32 Belanja pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13(2013) namun tewas kedua2nya kepada Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Agama Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak[6]. Pada tahun 2016, beliau telah bertanding di dalam pilihanrayakecil Kuala Kangsar P067 setelah dipilih oleh PAS .

Beliau juga bertanding sekali lagi sebagai calon Ahli Parlimen P069 Parit pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 namun tewas kepada orang yang sama, Drs Mohd Nizar Zakaria.[7]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41331-dr-najihatussalehah-di-kuala-kangsar-dr-rani-di-sg-besar[pautan mati kekal]
  2. ^ http://www.suaraperak.com/?fb_comment_id=826731267430778_827155737388331#!Dr-Najihatussalehah-Calon-PAS-Di-Parlimen-Kuala-Kangsar/cjds/57486e260cf2f56abe50aff1
  3. ^ https://www.pas.org.my/organisasi-dewan-muslimat-pas-perak
  4. ^ https://www.pas.org.my/info/pimpinan/dewan-muslimat-pas-pusat/5152-ajk-dewan-muslimat-pas-pusat-sesi-2015-2017
  5. ^ https://www.pas.org.my/info/pimpinan/ajk-pas-pusat/5088-senarai-pimpinan-pas-pusat-sesi-2015-2017
  6. ^ http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDUN.php?kod=06938
  7. ^ http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php
  8. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.