Bagi penyanyi dengan nama yang sama, lihat Najwa Latif.

Najwa Mahiaddin (lahir 26 April 1986) (33 tahun) ialah seorang penyanyi dan penerbit rakaman kelahiran Malaysia. Beliau menggunakan nama pentas, NJWA.[1] Selain itu, beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Kelapan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (1 Mac 2020 - Kini), Sepanjang kerjayanya, beliau telah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.[2][3] Pada tahun 2011, beliau melanjutkan pelajaran di Berklee College of Music, Boston.[4][5]

Najwa Mahiaddin
Najwa Mahiaddin.jpg
Kelahiran (1986-04-26) 26 April 1986 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganIdris Koh Keng Hui (k. 2015)
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenreAlternatif, ritma dan blues, soul
PekerjaanPenyanyi, penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif2011 - kini
Syarikat rakaman
Nada Biru Muzik
Pengkarya berkait
Imran Ajmain
Laman sesawang
njwamusic.com

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Idris Koh Keng Hui yang berketurunan Cina Malaysia pada 26 Mac 2015 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Seri Satria.[6]

DiskografiSunting

PencapaianSunting

Tahun Anugerah Nota Hasil
2011 Artis Baru Terbaik Beliau tercalon buat pertama kali dalam kategori ini serta anugerah lain pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18). Menang
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Beliau tercalon melalui lagu How Long Must I Wait (AIM18). Dicalonkan
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Beliau tercalon melalui lagu Got To Go (AIM18).[2] Menang

RujukanSunting

  1. ^ Disangka berasal dari Lubnan, Najwa Mahiaddin tukar nama NJWA
  2. ^ a b "Yuna sweeps three awards at AIM". New Straits Times. 12 November 2011. Dicapai pada 14 November 2011.
  3. ^ "Yuna, Anuar Zain & Najwa Kuasai AIM18". Media Hiburan. Karangkraf. Dicapai pada 14 November 2011.
  4. ^ Kenneth Chaw (10 Februari 2014). "Najwa Mahiaddin releases new material". The Star. Dicapai pada 12 Mac 2014.
  5. ^ Hadiah Hari Ibu
  6. ^ "Anak TPM penyanyi Najwa Mahiaddin selamat diijab kabul". Malaysiakini. 26 Mac 2015. Dicapai pada 21 Mei 2018.

Pautan luarSunting