Nama-nama Baitulmaqdis

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Nama-nama Baitulmuqaddis)
Artikel ini ialah mengenai kepelbagaian nama-nama Baitulmaqdis dan sebagainya. Sekiranya ingin mencari maklumat tentang keadaan politik dan sejarah Baitulmaqdis, artikel Baitulmaqdis ialah artikel yang paling sesuai untuk dibaca.


Nama-nama Baitulmaqdis atau nama-nama Jerusalem merujuk kepada pelbagai nama bagi kota lama Baitulmaqdis yang dikenali dan mengikut etomologi perkataan dalam pelbagai bahasa. Menurut kitab Midrash Yahudi, "Jerusalem mempunyai 70 nama".[1] Senarai-senarai telah dikumpulkan menjadi 72 nama Ibrani yang berbeza untuk Baitulmaqdis dalam teks-teks lama Yahudi.[2]

Hari ini, ia digelar sebagai Jerusalem, Yerushalayim (Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם) dan Al-Quds (Arab: اَلْـقُـدْس). Yerushalayim ialah diambil dari nama lama, yang dirakamkan seawal Zaman Gangsa Pertengahan, yang kemudiannya diulang-ulang sebut dalam etimologi rakyat, terutama dalam Yunani Bible, di mana elemen pertama nama tersebut berkait dengan perkataa Yunani: ἱερός (hieros, "suci"). Kota ini juga dikenali, terutamanya dalam kalangan Muslim, sebagai Baitulmaqdis (Arab: بَـيْـت الْـمَـقْـدِس, rumi: Bayt al-Maqdis, lit.'Rumah Suci'), merujuk kepada masjid ketiga agung, Masjid al-Aqsa yang terdapat di sana, dan di sisi Yahudi, digelar Kuil Suci (Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ‎, rumi: Beit HaMikdash).[3]

Nama sunting

Salem sunting

Salem juga merupakan nama pendek bagi Jerusalem.

Moriah sunting

  • Ibrani מוריה m-w-r-y-h.
  • Greek Μωριας Mōrias
  • Latin Moria
  • Arab مريّا Muriyyā or Murayyā (?)
  • Ibrani מוֹרִיָּה Môriyyāh
  • Ibrani מוֹרִיָּה Moriyya

Jebus sunting

Jerusalem sunting

  • Ibrani ירושלם y-r-w-š-l-m.
  • Aramaik יְרוּשְׁלֶם Yərûšəlem
  • Greek Ιερουσαλημ Hierousalēm, Ierousalēm, Ιεροσολυμα Hierosolyma, Ierosolyma
  • Latin Hierusalem
  • Arab أور سالم Ūrsālim, Ūrsālam
  • Ibrani יְרוּשָׁלַםִ / יְרוּשָׁלָםִ Yərûšāláim / Yərûšālāim
  • Ibrani יְרוּשָׁלַיִם Yərušaláyim
  • Viking Jorsala

Jerusalem ialah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara ini menggunakan istilah ini sebagai istilah utama.

Zion sunting

Ariel sunting

  • Ibrani אריאל ʼ-r-y-ʼ-l
  • Greek Αριηλ Ariēl
  • Arab اريئيل Arīʼīl
  • Ibrani אֲרִיאֵל ʼĂrîʼēl
  • Ibrani אֲרִיאֵל Ariʼel

Ariel ialah nama puisi Baitulmaqdis.

Aelia Capitolina sunting

  • Latin Aelia Capitolina
  • Arab إيلياء, ʼĪlyāʼ
  • Ibrani אֵילִיָּה קַפִּיטוֹלִינָה ʼÊliyyāh Qappîṭôlînāh
  • Ibrani אֵילִיָּה קַפִּיטוֹלִינָה Eliyya Qappitolina

Aelia Capitolina ialah nama yang diberi oleh Rom terhadap Baitulmaqdis selepas semua Yahudi diusir keluar daripada situ. Nama arabnya, ʼĪlyāʼ kadangkala digunakan dalam Hadith (Bukhari 1:6, 4:191; Muwatta 20:26), seperti Baitulmaqdis (lihat bawah.)

Al-Quds sunting

  • Arab القدس al-Quds "Tempat yang suci", القدس الشريف al-Quds aš-Šarīf "Tempat yang paling suci"
  • Turki Kudüs
  • Ibrani הַקֹּדֶשׁ haqQōḏeš "Yang suci"
  • Ibrani הַקֹּדֶשׁ haQódeš

Al-Quds ialah nama yang biasa digunakan oleh orang Arab untuk Baitulmaqdis (juga digunakan oleh tamadun yang dipengaruhi oleh Islam). Perkataan al-Quds aš-Šarīf juga digunakan terutamanya oleh Empayar Turki Uthmaniyyah.

Baitulmaqdis sunting

  • Arab بيت المقدس Bayt ul-Maqdis, Bayt ul-Muqaddas, Baitulmaqdis, "Rumah Suci"
  • Bahasa Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ, Beit HaMikdash ; "Rumah Suci"

Baitulmaqdis ialah nama yang jarang digunakan oleh masyarakat Arab. Perkataan ini paling banyak digunakan di Malaysia dan beberapa negara lain.

al-Balat sunting

  • Arab البلاط al-Balāṭ
  1. ^ Numbers Rabbah, 14, 12; Midrash Tadsha (Baraita Phinehas ben Jair 10; Midrash Zuta Song of Songs 3,1; Midrash ha-Gadol Genesis 46, 8;
  2. ^ Ilana Caznelvugen lists the 72 names in her two articles "Many names for Jerusalem" and "70 Names for Jerusalem", Sinai 116, Mosad Harav Kook, 1995. The Jerusalem municipality website lists 105 Hebrew names.
  3. ^ Carrol, James. "Jerusalem, Jerusalem: How The Ancient City Ignited Our Modern World", 2011. Retrieved on 24 May 2014.