Nama samaran atletik

Nama samaran atletik untuk sebuah universiti atau kolej di Amerika Syarikat ialah nama yang secara rasmi digunapakai oleh institusi pendidikan tersebut, terutamanya untuk pasukan sukannya. Biasanya untuk membangkitkan semangat mahasiswa di universiti atau sekolah. Institusi pendidikan baik secara rasmi mahupun tidak rasmi menggunakan nama samaran pasukan sukannya sebagai nama panggilan untuk merujuk kepada orang-orang yang berkaitan dengan institusi pendidikan tersebut, bukan hanya siswanya saja tetapi juga alumni, fakulti, dan pentadbirannya. Amalan ini pada peringkat kolej, universiti dan sekolah tinggi telah terbukti sangat popular sehingga meluas ke sekolah menengah di Amerika Syarikat, bahkan dalam beberapa tahun terakhir sehingga ke peringkat sekolah rendah.

Untuk nama samaran yang menggunakan nama haiwan dalam bahasa Inggeris, biasanya dalam bentuk jamak atau sebagai kata benda kolektif,[1] misalnya: Michigan Wolverines, Oregon Ducks, Princeton Tigers, Iowa Hawkeyes, California Golden Bears, Minnesota Golden Gophers, Texas Longhorns.

Rujukan sunting

  1. ^ "The New York Times - Search". topics.nytimes.com.