Namikaze Minato

watak cereka dari siri Naruto

Namikaze Minato (Bahasa Jepun : 波風ミナト) adalah salah satu watak cereka dari sebuah siri anime dan manga yang bernama Naruto.

Namikaze Minato
Watak Naruto
Kemunculan pertama

Naruto manga bab 239
Naruto anime episod 01
Disuarakan oleh

Bahasa Jepun
Morikawa Toshiyuki
Bahasa Inggeris
Tony Oliver
Tarikh lahir

25 Januari
Jenis darah

B
Tinggi

179 cm
Profil
JantinaLelaki Lelaki
SaudaraUzumaki Kushina (isteri, mati)
Uzumaki Naruto (anak)
Hyuuga Hinata (menantu)
Uzumaki Boruto (cucu)
Uzumaki Himawari (cucu)

Beliau berkhidmat sebagai Hokage ke-04 Kampung Konoha ataupun seorang ketua kampung yang keempat kepada Konoha dalam siri Naruto ini.

Namikaze merupakan seorang suami kepada Uzumaki Kushina, bapa kepada Uzumaki Naruto, bapa mentua kepada Hyuuga Hinata, datuk kepada Uzumaki Boruto dan Uzumaki Himawari.

Latar belakang

sunting

Minato memasuki akademi ninja Konoha dengan impian untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya dan bercita-cita untuk menjadi Hokage. Ketika Uzumaki Kushina pindah ke Konoha, dia ditempatkan di kelas yang sama dengan Minato. Minato dilihat tertarik pada rambut Uzumaki Kushina yang kemerah-merahan. Minato dianggap satu dalam sejuta,merujuk kepada kebolehan dan kelebihan yang dimilikinya membuatkan Minato dianggap sebagai ninja paling hebat dalam generasinya. Ketika dia menjadi kumpulan Genin di bawah pimpinan Jiraiya, Jiraiya menunjukkan minat terhadap kebolehan yang ditampilkan Minato dan kemudiannya menjadikan Minato sebagai murid peribadi dan mengajarkan pelbagai teknik untuk Minato.

Ketika menginjak dewasa, Minato memilih Uzumaki Kushina sebagai isterinya. Hal ini bukanlah suatu perkara yang mengejutkan berikutan Minato telah mula menunjukkan rasa sayangnya terhadap Kushina ketika menyelamatkan Kushina daripada cubaan shinobi kampung Kumo yang mahu menculik Kushina untuk dijadikan sebagai jinchuriki. Selepas berkahwin dengan Uzumaki Kushina, Minato dibawa oleh Kushina menemui ahli klan Uzumaki untuk mempelajari teknik larangan dan pengunci yang dimiliki oleh klan Uzumaki. Oleh yang demikian membuatkan Minato dikenali sebagai shinobi yang mampu menguasai pelbagai teknik hebat dan teknik larangan seperti Rasengan dan Shiki Fuujin.

Antara peristiwa yang menaikkan nama Minato ialah pertempuran di Jambatan Kannabi ketika Perang Dunia Ninja Ke-3. Minato ketika itu diarahkan untuk memusnahkan jambatan tersebut yang menjadi markas bekalan buat ninja kampung Iwa. Kejayaan Minato meruntuhkan jambatan Kannabi telah menaikkan nama Konoha di seluruh dunia shinobi. Hal ini kerana ketika itu Minato berjaya berseorangan menewaskan ninja kampung Iwa seramai 1,000 orang tanpa mengalami sebarang luka. Berikutan kejayaan tersebut, Minato digelar sebagai Konoha no Kiiroi Senkoo oleh Tsuchikage iaitu pemimpin Kampung Iwa.