Nana Nurgaya
Nurgayah Abdullah atau lebih terkenal sebagai Nana Nurgaya (lahir 13 Disember 1973)[a] ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya hiburan sejak 1990, beliau dikenali sebagai penyanyi hip hop solo wanita pertama Malaysia.[2][3][4] Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[5][6]
Nana Nurgaya | |
---|---|
Kelahiran | Nurgayah binti Abdullah 13 Disember 1973 |
Pendidikan | Kajian Seni Lukis dan Seni Reka |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Muhamad Azwan Mohd Yusof Teh (k. 2016) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, rap |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Sandii Suzuki |
Kerjaya
suntingPenglibatan Nana Nurgaya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai johan dalam satu pertandingan rap di Piccadilly Damansara, seterusnya menghantar pita demo kepada EMI.[7] Nasib menyebelahinya apabila dilamar sebagai artis naungan EMI. Album sulungnya, R.R.A.P: Rentak Rancak Ala Puisi dikeluarkan pada 12 April 1993 dan diterbitkan oleh Azman Abu Hassan.[8][9][10] Menerusi album ini, beliau dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik (Solo) di Anugerah Industri Muzik Pertama, namun dimenangi oleh Ning Baizura. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", "Inikah Cinta" dan "That's All I Need".
Pada tahun 1994, Nana menyumbangkan suaranya menerusi lagu "Fantasia Soul" untuk album kompilasi Bunyi Yang Dilihat terbitan M. Nasir.[11][12] Beliau juga menyumbangkan lirik rap untuk lagu "Hai Hai Hai" nyanyian penyanyi Jepun, Sandii Suzuki yang dimuatkan dalam album Dream Catcher pada tahun yang sama.[13]
Nana kemudian memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Cinta Metropolitan (1996) yang dibintangi oleh kumpulan KRU,[14][15] seterusnya membintangi drama Arus Hidup, namun lebih dikenali menerusi drama Idaman di mana beliau melakonkan watak sebagai Nadia.[16][17][18][19] Selepas berlakon dalam Idaman, beliau berlakon dalam telefilem Menumpang Kasih Mengharap Sayang di TV3.[20] Beliau juga aktif dalam pembuatan kek dan pastri menerusi jenama Nana Nurgaya Cookies.[11]
Kehidupan peribadi
suntingNana Nurgaya ialah anak sulung daripada dua beradik dan merupakan lulusan dalam bidang Kajian Seni Lukis dan Seni Reka di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM). Beliau berkahwin dengan Mohd Azwan Mohd Yusof Teh pada 13 Disember 2015, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-42.[21]
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
R.R.A.P: Rentak Rancak Ala Puisi |
|
Single
suntingTajuk | Tahun |
---|---|
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" | 1993 |
"Inikah Cinta" | |
"That's All I Need" | |
"Fantasia Soul" | 1994 |
"Hai Hai Hai" (bersama Sandii Suzuki) |
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1996 | Cinta Metropolitan | Sara |
1999 | KLU | Sarah |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | Arus Hidup | TV3 | |
1997 | Merentas Pelangi | ||
1998–1999 | Idaman | Nadia | Astro Ria |
1999 | Rahsia | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Menumpang Kasih Mengharap Sayang | TV3 | |
2001 | Emak |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1993 | Anugerah Industri Muzik Pertama | Artis Baru Terbaik (Solo) | Dirinya sendiri | Tercalon |
Catatan
sunting- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi, Siti Saida yang 3 tahun lebih muda daripadanya.
Rujukan
sunting- ^ Azwani Abdul Ghani (17 Ogos 1993). "Nana Nurgaya suka digosip". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "Nana Nurgaya artis rap wanita solo". Berita Harian. 20 Mac 1993. Dicapai pada 24 Januari 2019.
- ^ Roslen Fadzil (19 Jun 1993). "Cari dan Nana buat sendiri!". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Zurina Waji (9 Februari 1997). "Nana tak macam dulu". Metro Ahad. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 Februari 2002). "Nana Nurgaya masih mencintai lakonan". Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (14 Jun 2001). "Nana terus cari peluang berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ Adam Salleh (8 Februari 1992). "Nana Nurgaya mencari kebebasan rap rap rap!". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- ^ "Nana Rap sibuk di hujung minggu". Berita Minggu. 11 April 1993. Dicapai pada 8 Oktober 2020.
- ^ Noor Zainal (1 Jun 1993). "Profil Nana R.R.A.P.: Warna baru muzik 90an". Remaja. m/s. 83–84. Dicapai pada 24 Januari 2013.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (3 Oktober 1997). "Nana dah serik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (19 November 2016). "Nana kini bergelumang dengan kek". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2017.
- ^ Harris Iskandar Taib; Khairunnisa Hussin; Peter Yap (15 April 1994). "Nana the image maker" [Nana pembuat imej] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
- ^ "Nana puji Sandii". Harian Metro. 17 Mac 1994. Dicapai pada 10 Disember 2020.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (26 Ogos 1996). "Nana cari imej baru". Harian Metro. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (3 Ogos 1996). "Nana buru anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2020.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (17 Februari 1998). "Nana tabah". Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2020.
- ^ Zubir Mohd Yunos (8 Mac 2000). "Nana popular kerana Idaman". Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ Izza Safinaz Ibrahim (20 Jun 1999). "Nana semakin anggun". Berita Minggu. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ "Nana beralih bidang lakonan". Harian Metro. 17 Julai 1998. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (22 Ogos 2000). "Nana belum puas hati". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (27 Januari 2016). "15 tahun sulam cinta". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2018.