Luís Carlos Almeida da Cunha (lahir 17 November 1986 di Praia, Cape Verde), atau lebih dikenali sebagai Nani, merupakan pemain bola sepak berbangsa Portugis yang bermain di posisi sayap untuk kelab Melbourne dan pasukan bola sepak kebangsaan Portugal.

Nani
Maklumat peribadi
Nama penuh Luís Carlos Almeida da Cunha
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Pemain Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Orlando City
Nombor 17
Kerjaya remaja
2000–2003
2003–2005
Real de Massamá
Sporting CP
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Sporting CP 58 (9)
2007–2015 Manchester United 147 (25)
2014–2015Sporting CP (dipinjam) 27 (7)
2015–2016 Fenerbahçe 28 (8)
2016–2018 Valencia 25 (5)
2017–2018Lazio (pinjam) 18 (3)
2018–2019 Sporting CP 18 (7)
2019– Orlando City 30 (12)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Portugal B21 11 (1)
2006 Portugal B 1 (0)
2006– Portugal 112 (24)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Oktober 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Ogos 2018

Nani memulakan karier beliau bersama Sporting CP dengan menyertai pasukan remaja pada 2003 sebelum membuat penampilan senior pertamanya pada 2005. Ketika bermain selama 2 tahun di Portugal, Nani memenangi satu trofi, Portuguese Cup pada musim 2006-07. Prestasi beliau menarik minat Manchester United yang kemudiannya mendapatkan khidmatnya pada Julai 2007. Beliau berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam tempoh masa yang singkat dan setakat ini telah memenangi dua kejuaraan Liga Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah pada 2007-08, dan dua Piala Liga yang masing-masing dimenangi pada musim 2008-09 dan 2009-10.

Nani membuat penampilan sulung untuk Portugal pada 2006 dan menjaringkan satu gol pada perlawanan tersebut. Beliau merupakan antara tonggak penting dalam skuad dan kerap berada dalam skuad utama sepanjang Euro 2008 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.

Kehidupan Awal sunting

Dilahirkan di Praia, Cape Verde, Nani dan keluarganya berhijrah ke Portugal. Beliau dibesarkan oleh ibu saudaranya di daerah Amadora, Lisbon.

Karier sunting

Karier Awal sunting

Merupakan penyokong Porto, Nani bermain bola sepak di peringkat junior bersama-sama Ricardo Vaz Tê di kelab Real Sport Clube sebelum menyertai pasukan remaja Sporting CP.

Sporting CP sunting

Nani membuat penampilan sulung untuk Sporting pada 2005-06, membuat 29 penampilan dan menjaringkan 4 gol. Pada musim kedua, beliau turut membuat penampilan 29 penampilan dan berjaya menjaringkan 5 gol. Beliau turut bermain dalam 6 perlawanan di peringkat Eropah dan menjaringkan satu gol.

Manchester United sunting

Nani menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan, dengan laporan menganggarkan jumlah tersebut adalah di sekitar £14–17 million. Melepasi ujian perubatan pada 5 Jun 2007, Nani menandatangani kontrak 5 tahun sebulan selepas itu.

Penampilan sulung Nani dengan United hadir dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Shenzhen, yang mana beliau menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan yang menyaksikan United menang 6-0.

Pada 5 Ogos 2007, Nani membuat penampilan sulung kompetitif pertama untuk United sebagai pemain gantian dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Chelsea yang mana berakhir dengan trofi sulungnya selepas United memenanginya menerusi penentuan penalti.

Penampilan sulung liga pertama buat United hadir dalam perlawanan pembukaan menentang Reading di Old Trafford pada 12 Ogos, yang mana beliau masuk menggantikan Wayne Rooney yang mengalami kecederaan. Pada 26 Ogos 2007, Nani menjaringkan gol kompetitif pertama untuk United ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur yang berkesudahan 1-0 untuk United. Beliau seterusnya memainkan peranan penting dalam gerakan untuk Louis Saha dan Nemanja Vidić dalam perlawanan menentang Sunderland dan Everton. Beliau kembali ke Sporting dalam pertemuan Liga Juara-Juara Eropah pada September dalam perlawanan yang dimenangi United 1-0.

Nani dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada 16 Februari 2008 ketika United menumbangkan Arsenal 4-0 dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.

Pada 3 Mei, Nani dibuang padang buat pertama kali dalam kariernya di United ketika perlawanan menentang West Ham United yang dimenangi United 4-1. Pada 21 Mei, Nani masuk menggantikan Wayne Rooney pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow. United memenangi perlawanan tersebut setelah menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan. Nani menjaringkan penalti penting dalam sepakan kelima dalam penentuan penalti tersebut.

Gol pertama Nani pada musim 2008-09 hadir pada 23 September 2008 yang mana beliau menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 3-1 ke atas Middlesbrough pada pusingan ketiga Piala Liga.

Nani menjaringkan gol sulung pada musim 2009-10 dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Chelsea, yang mana United tewas menerusi penentuan penalti setelah perlawanan terikat 2-2. Karier beliau di United musim tersebut tampak akan berakhir setelah kritikan beliau terhadap Sir Alex Ferguson, namun beliau terus diberikan peluang dan bermain cemerlang dalam perlawanan-perlawanan antaranya menentang Hull City, Manchester City dan Arsenal. Beliau kemudiannya mengatakan kekecewaan beliau terhadap masalah kecederaan yang dialaminya sebelum ini dan prestasi cemerlang beliau telah membawa kepada kontrak baru 4 tahun di United.

Karier Antarabangsa sunting

Merupakan pemain termuda dalam skuad Bawah 21 Portugal di Kejohanan Bola Sepak Bawah-21 Eropah, Nani membuat penampilan sulung dalam skuad senior Portugal ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark pada 1 September 2006 dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut yang dimenangi Denmark 4-2.

Nani merupakan pemain regular dalam skuad Portugal dalam pusingan kelayakan Euro 2008. Prestasi cemerlang beliau bersama Manchester United telah menempatkan beliau dalam senarai 23 pemain Portugal untuk Euro 2008, beliau bagaimanapun tidak banyak diturunkan dalam kejohanan tersebut.

Nani merupakan pemain penting Portugal dalam melayakkan mereka ke Piala Dunia 2010 yang mana dilihat menerusi persembahan beliau ketika menentang Malta dan perlawanan play-off menentang Bosnia & Herzegovina.

Anugerah sunting

Kelab sunting

Sporting sunting

Manchester United sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Orlando City SC