Nanosaat (ns) ialah suatu unit masa SI yang bersamaan dengan satu per ribu juta bahagian sesaat, (atau satu per bilion sesaat) yakni, 1/1,000,000,000 sesaat atau 10−9 saat.

Perkataan ini terbentuk daripada gabungan imbuhan nano dan saat, suatu unit masa. Ia diwakili oleh singkatan ns.

Satu nanosaat bersamaan dengan 1000 pikosaat atau ​11000 mikrosaat. Memandangkan unit SI seterusnya bernilai 1000 kali lebih besar, perkiraan 10−8 dan 10−7 saat secara umumnya diungkapkan sebagai berpuluh-puluh atau beratus-ratus nanosaat.

Jangka masa ini sering dijumpai dalam bidang telekomunikasi, laser berdenyut dan beberapa bidang elektronik tertentu.

Antara ukuran biasa yang terpilihSunting

  • 0.5 nanosaat – separuh hayat berilium-13.
  • 1.0 nanosaat – masa kitar suatu gelombang elektromagnet dengan frekuensi 1 GHz (1×109 hertz).
  • 20–40 nanosaat – masa tindak balas pelakuran dalam suatu bom hidrogen
  • 77 nanosaat – satu per enam (satu per 60 per 60 per 60 per 60 daripada satu saat)
  • 1000 nanosaat – one mikrosaat