Khalish Nantha

(Dilencongkan dari Nantha Khalish)

Muhammad Khalish Nantha Bin Rajendran (lahir pada 1992) adalah merupakan seorang aktivis belia yang cukup aktif di negeri Perak. Beliau adalah merupakan Ahli Dewan Belia Negeri Perak dan bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Muhammad Khalish Nantha Bin Rajendran
Muhammad Khalish Nantha Bin Rajendran
Kelahiran (1992-09-03) 3 September 1992 (umur 31)
Seremban, Negeri Sembilan
WarganegaraMalaysia

Kehidupan Peribadi sunting

Muhammad Khalish Nantha Bin Rajendran lahir dengan nama Nanthakumar Rajendran dan telah memeluk agama Islam pada tarikh 22 April 2019. Beliau membesar dan tinggal di sebuah kampung Melayu iaitu Kampung Air Meleleh, Port Dickson selama 20 tahun.

Kini beliau menetap di negeri Perak dan beliau cukup aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khusus dalam pemangkin dan pembangunan belia sejak dalam tahun 2012 lagi.

Pendidikan sunting

Nantha Khalish menerima pendidikan rendah dan menengah di luar negeri Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Gelam, Port Dikson, Negeri Sembilan dan kemudian menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selepas tamat persekolahan, Nantha Khalish menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di UNITAR International University.

Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan sunting

  • Ahli Parlimen Belia Malaysia 2017 hingga 2018 - Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya
  • Adun Belia Perak 2016 hingga 2017 - Pengerusi Jawatankasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme
  • Ahli Dewan Belia Perak 2018 hingga 2019 - Pengerusi Jawatankuasa Teknologi, Multimedia dan Komunikasi
  • Penasihat Silverstate Iron Brothers
  • Setiausaha Kelab Dron Amanjaya
  • AJK Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Perak
  • AJK Persatuan Sukarelawan Belia Amanjaya Perak
  • AJK Chambers Of Social Responsibilities (CSR) Perak
  • AJK Youth Nation Perak
  • AJK Commenwealh Youth Council (CYC)

Rujukan sunting