Sejarah Napster 2.0 sunting

Roxio Inc. membeli asset Napster pada lelongan muflis pada 2002, dengan matlamat menggunakan asset ini sebagai asas untuk muzik dalam talian baru sah yang akan membenarkan pengguna mencapai lagu dengan berlanggan atau bayaran berasaskan setiap lagu -- dan dengan itu memberikan syarikat rakaman dan artis/penggubah (atau waris mereka) hak bayaran royalti mereka. Keluaran beta "beta release" perkhidmatan ini, digelar "Napster 2.0", dibebaskan di bandar New York pada 9 Oktober 2003, dan dibebaskan untuk keluaran penuh pada 29 Oktober. Napster 2.0 bukanlah perkhidmatan rakan ke rakan sepenuhnya, tetapi selain daripada nama dan logo, versi ini turut mengandungi sebahagian ciri-ciri (seperti carian artis/album/lagu) serupa dengan yang terdapat pada Napster asal. Ia adalah satu daripada beberapa perkhidmatan yang muncul selepas kejayaan perkhidmatan Komputer Apple iTunes Music Store.

Pada Isnin, 27 Oktober 2003, hanya 48 jam sebelum pelancaran rasmi Napster 2.0, Napster meletakkan berita akhbar "press release" pada laman mereka yang menyatakan bahawa bermula pada November, pelanggan boleh membeli kad hadiah Napster bernilai dari $14.85 di Safeway, Rite Aid, CompUSA, Best Buy, dan ExxonMobil. Kad ini akan mempunyai permukaan cakar buang "scratch-off" yang akan menampakkan unit PIN yang boleh digunakan dengan Napster 2.0 untuk memberikan 15 untuk pindah terima kekal muzik dari perkhidmatan Napster 2.0. Dalam sidang akhbar lain Microsoft mengumumkan bahawa Microsoft Windows XP Media Center Edition 2004nya akan mempunyai ciri perkhidmatan Napster 2.0. Sebelum itu pada bulan Oktober, Napster dan Samsung menyingkap Pemain Samsung Napster pertama, yang terdapat di kedai eletronik seluruh Amerika Syarikat. Sidang akhbar tersebut turut mendakwa bahawa Napster 2.0 menyokong semua pemain muzik digital terkemuka yang terdapat di pasaran, walaupun ia tidak menyokong Apple iPod atau iPod mini yang popular.

Pada 23 February 2004, Roxio mengumumkan bahawa Napster 2.0 telah menjual 5 juta lagu semenjak pelancarannya pada Oktober 2003, dan menarik sekitar 1.5 million pelanggan kepada perkhidmatan premium service. Bagaimanapun, pada masa itu jumlah terjual masih jauh dibelakang Komputer Apple iTunes Music Store, yang pada 6 Januari 2004 telah menjual lebih 30 juta lagu. Para analisa semakin bimbang apabila diketahui bahawa sekitar 23 Februari Hewlett Packard (HP)-Apple membuat perjanjian untuk membungkus iTunes sekali dengan semua komputer HP yang baru sebagai balasan kepada iPod berjenama HP yang asalnya merupakan dengan Napster, yang dibatalkan seberapa hari sebelum pelancaran Napster 2.0 pada 29 Oktober 29.

Pautan luar sunting