Wan Naqiuddin Mohd Najib (lahir 22 November 1986) atau lebih dikenali sebagai Naqiu Boboy merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah vokalis kumpulan Boboy iaitu band remaja yang terkenal di awal tahun 2000an. Beliau popular dengan lagu Episod Cinta, Demi Masa dan Dalam Benci Ada Rindu. Beliau dilahirkan di Skudai, Johor Bahru, Johor. Kini beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Naqiu
Kelahiran
Wan Naqiuddin bin Mohd Najib

(1986-11-22) 22 November 1986 (umur 37)
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, pelakon
Tahun aktif2000-2005 (Kumpulan)
2019-kini (Solo)
AnugerahJuara Gegar Vaganza Musim ke-6
Kerjaya muzik
GenreRock, Pop
InstrumenVokal, Gitar, Bass
Syarikat rakaman
New Southern Records (2000 - 2005)
MVM Production
MindOrder Management
Pengkarya berkait
Boboy, B.B.Y, Six Years, New Southern Records, MindOrder, Astro, Vanessa Reynauld

Beliau pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga dan menumpukan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai punca rezeki pendapatannya ketika itu[1] Beliau menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 bersama dengan Hady Mirza.[2] Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan (%) markah yang sama.

Kerjaya muzik sunting

Penglibatan awal sunting

Naqiu mulai aktif dalam bidang seni suara sejak berumur 12 tahun. Sebelum ke bidang nyanyian, beliau aktif menyertai musabaqah, berzanji, azan, menjadi ketua marhaban dan juga kumpulan nasyid. Arwah ibu beliau yang juga merupakan seorang guru mengaji telah membuka minat beliau dalam dunia muzik. Beliau pernah menjadi johan dalam pertandingan nyanyian lagu asli dan pertandingan ghazal remaja kebangsaan. Bermula dari menjuarai pertandingan bintang asli peringkat daerah Johor Bahru, beliau kemudian mewakili Johor Bahru dan menjadi juara pertandingan Bintang Asli Negeri Johor. Naib juara ketika itu disandang oleh Fairuz Selamat dari kumpulan Q-Face yang mewakili Batu Pahat. Pada usia 14 tahun, beliau mewakili negeri Johor dalam Pertandingan Bintang Asli 2000 peringkat kebangsaan.

Naqiu kemudian dilamar Allahyarhamah S.A.Aishah untuk menyertai kumpulan ghazal mereka iaitu Kumpulan Ghazal Daya Tebrau, Johor. Selain mendapat latihan daripada arwah ibunya, Yayasan Warisan Johor, Ghazal Negeri Johor dan RTM Johor juga menjadi tempat awal beliau mengasah bakat nyanyiannya. Beliau juga pernah menyertai pertandingan-pertandingan karaoke di Johor dan disitu jugalah beliau mengenali penyanyi-penyanyi seangkatannya seperti Syura dan Zarina Zainoordin.

Menjadi artis rakaman sunting

Naqiu diperkenalkan kepada Erra Fazira oleh abangnya. Abang beliau yang bekerja dengan Erra Fazira mencadangkan nama beliau setelah Erra menyatakan hasrat untuk mencari artis rakaman di bawah Erra Fazira Entertainment. Setelah menghantar rakaman suara, Erra Fazira datang ke Johor berjumpa dengan beliau dan ibunya untuk menawarkan kontrak menjadi artis rakaman. Ketika itu beliau di dalam dilema, kerana pada masa yang sama beliau juga mendapat tawaran untuk menyertai J-Kid (team simpanan Johor). Kedua-duanya adalah minat beliau tetapi akhirnya beliau memilih untuk menjadi artis rakaman [3].

Erra Fazira kemudian menyewa studio New Southern Records (NSR) untuk beliau merekod demo yang betul. Pada asalnya, konsep lagu yang bakal dibawa beliau adalah lagu-lagu rakyat seperti lagu "Kain Pelikat" nyanyian Anuar Zain. Namun tidak kesampaian apabila Iman Wan dan Lan Laga yang turut berada di dalam studio itu pula menawarkan beliau untuk menyertai NSR yang dalam perancangan menubuhkan band ala-ala New Boyz. Setelah berbincang, Erra Fazira bersetuju untuk melepaskan beliau pada pihak NSR. Beliau kemudian diperkenalkan dengan ahli kumpulan Boboy yang lain. Secara kebetulan, salah seorang dari mereka iaitu Muz selaku gitaris merupakan bekas senior beliau di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi, Johor. Setelah berjumpa dalam masa yang singkat, mereka bersetuju untuk menubuhkan band bersama dan saat itulah tertubuhnya kumpulan Boboy.

Kumpulan Boboy sunting

Boboy mula aktif dalam dunia hiburan pada tahun 2001. Mereka mengetengahkan muzik bergenre pop di awal kemunculan. Mereka juga pernah melakar nama setanding kumpulan remaja popular lain seperti New Boyz, Spin dan Antz. Kumpulan Boboy terdiri daripada 5 orang ahli iaitu:

  • (Naqiu) Wan Naqiuddin bin Wan Najib (vokalis)
  • (Shah) Azrizal bin Kamarulzaman (guitar)
  • (Muz) Muhammad Muzaffar (Guitar Kedua)
  • (Didie) Mohd Addinan Azmi (bass)
  • (Zul) Aris Fahmi Zulkifli (dram)


Naqiu bertindak sebagai vokalis dan merupakan ahli yang paling muda di dalam band. Selepas beberapa bulan ditubuhkan, Boboy kemudian mengeluarkan album pertamanya.

Album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 mendapat kutipan dalam anggaran melebihi 30,000 unit. Diikuti penerbitan album kedua mereka, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 yang beralih kepada konsep muzik pop rock. Beliau mendedahkan ketika zaman populariti kumpulan tersebut telah menerima tawaran yang banyak hingga mencecah hingga empat ke lima persembahan dalam sehari. Antara lagu-lagu hits mereka ketika itu ialah "Episod Cinta", "Janji Seorang Kekasih", "Dalam Benci Ada Rindu", "Demi Masa", "Bangkitlah" dan banyak lagi.

Bagaimanapun pada tahun 2005, album ketiga Boboy yang berjudul Masih Mencari menerima sambutan hambar. Album ini merupakan album terakhir oleh kumpulan Boboy sebelum kontrak mereka bersama New Southern Records berakhir.

Menghilang 12 Tahun sunting

Naqiu mengakui, pernah kecewa dengan industri muzik, membuatkan dia berat hati untuk kembali bergiat aktif. Katanya, selepas kontrak bersama syarikat rakaman terdahulu berakhir, perjalanan kerjaya seni Boboy bagaikan terumbang-ambing sehingga semangatnya untuk terus bertahan dalam industri muzik terhakis. Ia lebih kepada hala tuju mereka dalam industri muzik. Ketika menghasilkan album pertama dan kedua, mereka masih boleh bertolak ansur dengan mengikut kemahuan syarikat rakaman serta pasaran. Namun, mereka mula cenderung pada genre lain dan ingin menubah haluan muzik mereka.

“Ketika itu, kami masih naif dengan industri muzik. Tetapi, apabila usia semakin meningkat, saya terfikir sampai bila Boboy mahu mengikut telunjuk orang? Saya faham kehendak pasaran, tetapi jangan tunduk 100 peratus. Kita juga perlu ada prinsip yang mahu diperjuangkan. Itu antara sebab yang membuatkan saya beralih dengan menyanyi di kelab,” katanya. Selama 12 tahun menyepi, hatinya tidak pernah terlintas untuk kembali bersaing dalam arus muzik perdana. [4]

Penyanyi kelab sunting

Oleh sebab beliau memasuki dunia hiburan di usia yang sangat muda, beliau tiada ilmu untuk mengurus dan merancang masa depannya dengan baik di dalam bidang ini. Beliau mengambil keputusan untuk menyepi dan menimba ilmu dalam bidang muzik melalui individu-individu yang dikenalinya. Beliau pergi menemui seseorang dan menyatakan hasrat untuk belajar muzik. Individu tersebut mengajak beliau mengikuti band di kelab. Katanya, sekiranya beliau ingin belajar, beliau perlu belajar setiap hari dan penyanyi di kelab perlu menyanyi setiap hari. Beliau menerima pelawaan itu dan meneruskan kariernya dalam bidang muzik di kelab malam selama 12 tahun. Beliau menjelajah seluruh Malaysia dengan membuat pesembahan di banyak kelab, event hotel dan sebagainya. Beliau menceritakan pengalaman bekerja di kelab malam, beliau perlu menyanyikan 20-30 buah lagu setiap hari. Beliau begitu komited dengan tugasan kerjanya, apa sahaja genre lagu beliau akan menyanyikannya dengan sepenuh hati. Akibatnya, suara beliau menjadi lebih serak kerana sering 'memaksa' diri menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi. Selain menyanyi, beliau tak kurang hebat juga dalam bermain gitar. Sememangnya banyak yang telah beliau pelajari sepanjang 12 tahun di dunia kelab. Baik dari segi nyanyian, bermain alat muzik, persembahan atau cara berkomunikasi dengan penonton.

Kemunculan semula sunting

Titik permulaan kemunculan semula beliau bermula pada awal tahun 2019, apabila Gegar FM menjemput  beliau untuk jamming bersama vokalis band seangkatannya iaitu Tomok, Lan Solo dan Fairuz Q-face. Kemunculan Naqiu adalah yang paling mengejutkan dan paling menarik perhatian ramai apabila beliau tampil dengan imej yang sangat berbeza daripada beliau yang dahulu. Beliau berambut panjang dan suaranya yang lunak dulu telah berubah menjadi serak-serak basah. Video jamming mereka berempat yang dimuat naik di youtube Gegar itu mencecah 1 juta tontonan dalam masa yang singkat. Respon peminat di ruangan komen juga menunjukkan ramai peminat yang teruja melihat kemunculan mereka terutama sekali Naqiu. Sejak itu juga lah, peminat beliau sejak dari zaman Boboy mula mengikuti akaun media sosial beliau dan memujuknya untuk kembali ke arus perdana. Mendengarkan suaranya yang sudah berubah dan semakin matang itu semestinya membuatkan peminat-peminatnya ingin melihat beliau beraksi di pentas Gegarvaganza.

MindOrder Management sunting

Beliau mendedahkan pernah didekati beberapa syarikat rakaman tetapi kebanyakannya ditolak mentah-mentah kerana beliau sememangnya tidak berminat untuk kembali ke dunia glamor. Tetapi pada akhirnya beliau berjaya juga dipujuk oleh pengurusan syarikat MindOrder Management. Menurut beliau, apabila sudah menerima tawaran sehingga tiga kali, tawaran seterusnya seeloknya dipertimbangkan. Kebarangkalian ada perkara yang lebih baik sedang menantinya dan peluang itu tak patut disia-siakan. Dengan menjadi sebahagian daripada MindOrder, maka bermulalah perjalanan beliau kembali ke dunia arus perdana. Imej berambut panjang dipotong pendek menampakkan wajahnya kelihatan lebih muda dan tak ubah seperti beliau berumur 15 tahun dulu.

Gegar Vaganza (Musim 6) sunting

Nama Naqiu Boboy kembali menjadi sebutan apabila beliau membuat kemunculan semula secara solo dengan tampil sebagai salah seorang peserta dalam Gegar Vaganza. Beliau adalah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Naqiu menerima tawaran Astro untuk menyertai Gegar Vaganza setelah didesak oleh peminat dan rakan-rakannya yang juga merupakan ahli kumpulan Boboy.[5]

Pihak produksi gegarvaganza memberitahu, pada awalnya nama Naqiu hampir tidak tersenarai sebagai peserta musim itu. Akan tetapi mereka nekad untuk memasukkan nama beliau dan ternyata ia satu keputusan yang tepat apabila gv6 antara musim yang menjadi fenomena. Musim yang disangkakan akan kurang mendapat sambutan berbanding musim lalu tiba-tiba menarik perhatian ramai apabila Naqiu berjaya membuat kejutan demi kejutan di setiap persembahannya. Ramai yang mengakui pernah membenci beliau suatu ketika dulu, kini telah mengubah pandangan mereka dan mula menyokong bakat beliau.

Persembahan beliau terbukti cemerlang apabila berjaya mendapat pujian daripada juri-juri terutama sekali Dato' Ramli M. S. Beliau mula menjadi sebutan ramai dan menjadi peserta 'favourite' kebanyakkan penonton. Nama beliau juga kerap disebut-sebut sebagai calon juara musim itu. Sepanjang Gegarvaganza, beliau juga sangat rapat dengan seorang lagi peserta iaitu Sham Visa kerana mereka di bawah pengurusan yang sama. Beliau ialah antara bintang kegemaran para juri musim kali ini. Buktinya beliau kerap berada di kedudukan tiga teratas dan persembahannya selalu dinanti-nantikan setiap minggu. Berikut ialah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut.


Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Episod Cinta" Boboy Ke-4
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Meraung" New Boyz Tempat Pertama
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "#123" Khai Bahar Tempat Pertama
Minggu 4 Haa... Tepuk "Gurauan Berkasih" (duet Siti Nordiana) Siti Nordiana & Spin Ke-7
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Di Ambang Wati" Wings Tempat Pertama
Minggu 6 Melets (Meletop) "Juwita" Saleem Ke-2
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Rampas" Akim & The Majistret Ke-2
Minggu 8 Reset "Percayalah" Dato' Sri Siti Nurhaliza Tempat Pertama
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Tinting" Noraniza Idris Ke-3
"Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Always" Bon Jovi Ke-2
"Hanya Namamu" (duet bersama Azmi Saat) Caliph Buskers Ke-2
Minggu 11 (Akhir) Peluang Terakhir "Srikandi Cintaku" Bloodshed Juara
"Haa Tepok" (battle Hady Mirza) MeerFly ft. Kidd Santhe & MK (K-Clique)

Selepas memenangi gegarvaganza, beliau berazam untuk mencuba pelbagai benda baru yang tidak pernah beliau lakukan sepanjang menjadi penyanyi. Antara perkara yang 'pertama kali' berjaya dilakukan sepanjang kariernya adalah seperti menghasilkan lagu OST untuk sebuah drama adaptasi bersiri popular, membintangi sebuah filem, berduet dengan penyanyi lagenda dan membuat persembahan di Istana Budaya. Selain itu, pencapaian 'pertama kali' yang turut membanggakan beliau adalah apabila beliau tercalon dalam Top 5 ABPBH34 kategori penyanyi lelaki popular dan pertama kali berjaya melayakkan lagu ciptaannya ke semifinal Muzik-Muzik36. Pencapaian ini amat membanggakan beliau dan juga peminat-peminatnya.

Kelab Peminat (Naqiurious) sunting

Naqiurious Fanclub telah ditubuhkan pada tahun 2019 (tahun beliau menyertai Gegar Vaganza). Beliau menggelarkan sesiapa sahaja yang meminatinya dengan gelaran 'Naqiurious'. Kegamatan Naqiurious dalam memberi sokongan ketika beliau membuat persembahan di MBSA sangat mengejutkan dan diluar jangkaan beliau. Beliau tidak menyangka masih ada yang menyokongnya meskipun telah menghilang 12 tahun. Sokongan padu Naqiurious turut diakui oleh hos Gegarvaganza itu sendiri, Nabil Ahmad. Setiap kali habis persembahan, beliau terpaksa pulang lewat pagi kerana perlu melayan peminat-peminat yang sudah beratur panjang di parking lot untuk bergambar dengannya. Bukan itu sahaja, setiap kali rehearsal pasti ramai yang datang ke MBSA untuk menonton secara langsung.

Naqiu sangat menghargai peminat-peminatnya. Pengalaman lalu telah mengajarnya untuk sentiasa menghargai peminat kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam karier seorang penyanyi. Beliau sentiasa berusaha untuk mengenali peminat-peminatnya. Bukan sekadar mengingati wajah, bahkan nama dan pesonaliti peminat juga beliau boleh ingat dan kenali. Personaliti beliau yang suka bergurau itu membuatkan beliau sering disakat oleh peminat. Gurauan sesama mereka menjadikan hubungan mereka lebih erat seperti keluarga.

Sebagai tanda penghargaan, Naqiurious tidak pernah henti menghantar hadiah kepada beliau. Antara hadiah yang diterima beliau ialah permainan video PS5 dan set PC bersama sebuah gitar elektrik. Sokongan tidak berbelah bahagi ini tidak lain tidak bukan semestinya untuk memberi galakan agar beliau terus berkarya dan tidak mahu beliau menghilang lagi.

All Stars Gegar Vaganza (Musim 10) sunting

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2023
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Di Bawah Pohon Asmara" Jaclyn Victor Pertama
Minggu 2 Ikut Tekak Sendiri "Setahun Sudah Berlalu" Alleycats Ke-8
Minggu 3 Putar Kiri Kanan "Santai" Faizal Tahir Ke-3
Minggu 4 Berdua Bersatu "Aku & Dirimu" (duet bersama Misha Omar) Ari Lasso & Bunga Citra Lestari Ke-7
Minggu 5 Misteri "Hakikat Sebuah Cinta" Iklim Ke-2
Minggu 6 No Retreat No Surrender (Pilihan Netizen) "Bernafas Dalam Lumpur" Wings Ke-5
Minggu 7 Kau Ilhamku "Idola" Azlan & The Typewriter Ke-4
Minggu 8 Fun Fair Tok Ram "Kuda Hitam" Hetty Koes Endang Ke-2
Minggu 9 Duet 2.0 (Astro Verse) "Samar Bayangan" (duet bersama Hazama) Nicky Astria Ke-6
Minggu 10 (Suku Akhir) Fiesta Muzika "Bol Radha Bol" Mukesh Pertama
"Ala Emak Kahwinkan Aku" Zainorin Md Dom
Minggu 11 (Separuh Akhir) Kompilasi Kapak Leleh "Memori Sekuntum Rindu" Spoon Ke-3
"It's My Life" Bon Jovi
Minggu 12 (Akhir) Konsert Akhir & Gegaran Battle Vaganza "Nur Nilam Sari" Awie & Search Tempat Kelima
"Kekasih Bayangan" (duet bersama Cakra Khan) Cakra Khan
"Sorry, Sorry" (battle Hady Mirza, Azharina & Nikki Palikat) Super Junior

Kehidupan Peribadi sunting

Beliau dilahirkan di Skudai Johor dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berumur 16 tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik-beradik. Beliau merupakan anak yang sangat manja dan nakal. Seorang yang aktif bersukan dan suka berjenaka. Orang-orang terdekat memanggilnya dengan gelaran nama 'Boy'. Beliau dan isterinya berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan lima orang cahaya mata (dua orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki).

Diskografi sunting

Album bersama Boboy sunting

Album studio solo sunting

Single sunting

Solo

Tahun Judul Album
2007 "Hanya Aku" Hanya Aku
2020 "Sinar Kedua" Single
2021 "Masih Ada" Ost. Drama Romantika 4 Hari 3 Malam
2022 "Kisah Hati Lara" Ost. Drama Sayang Tak Dikenang
2023 "Panah" Single

Duet

Dua tahun selepas kembali aktif dalam industri, Naqiu tampil dengan buah tangan untuk peminat berupa single duet berjudul Rindu Separuh Nyawa bersama penyanyi Vanessa Reynauld. Menariknya, lagu yang merupakan idea asalnya itu buat kali pertama menyaksikan single duet Naqiu selepas 20 tahun bergelar penyanyi. Lirik asal lagu berkenaan ditulis berkisar kisah lain, tetapi ditukar untuk disesuaikan dengan jalan cerita naskhah Rindu Awak Separuh Nyawa tayangan Astro.[6]

Tahun Judul Duet bersama Album
2021 "Rindu Separuh Nyawa" Vanessa Reynauld OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Band

Unofficial release

  • "Hukum Aku"

Single Kolaborasi

Tahun Judul Penyanyi Terlibat Album
2020 "PanggilanMu - Allahuma Labbaik" Mawi, Hady Mirza, Lah Ahmad, Anas Tahir & PU Azhar
2020 "Magis Rasa" Linda Nanuwil & Mus May Lagu daripada Farm Fresh
2021 "#JanjiRaya" Siti Nordiana, Chubb-E, Farisha Iris, Irfan Haris , Erissa Puteri & Fatimah Noryyah Lagu raya Astro Ceria

Lakonan sunting

Beliau menceburi bidang lakonan sejak bersama kumpulan Boboy menerusi pembabitan dalam telefilem Boboy The Movie pada tahun 2001. Pada tahun 2003, Naqiu berlakon sebagai watak utama dalam sebuah telemovie Semarak Naga. Turut sama berlakon ketika itu, Ezany Nizariff, Linda Hashim, Anne Ngasri, Lando Zawawi dan Amran Tompel. Ahli Boboy yang lain pula hanya muncul sebagai penampilan khas di minit awal pemulaan cerita.

Selepas kemunculan semula, beliau menerima lebih banyak tawaran lakonan. Pada mulanya beliau enggan tetapi akhirnya bersetuju setelah dipujuk pihak pengurusannya. Lakonan beliau yang bersahaja itu diterima ramai dan mendapat pujian peminat-peminatnya. Beliau mula membintangi beberapa telemovie dan semakin selesa dalam bidang lakonan. Kini beliau menjadikan lakonan sebagai kerjayanya selain daripada menyanyi dan menggubah lagu.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Tayangan Catatan
2021 Mat Bond Malaya Mat Nabil Ahmad Astro First Filem pertama, lakonan bersama Elizabeth Tan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Saluran TV Catatan
2019 Satukan Rasa Suami Indah Suhaila Hadith Omar Astro Ria Penampilan khas
2021 Kisah Rumah Tangga: Mencantum Cinta Malek Aziz M. Osman Lakonan bersama Intan Najuwa

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Saluran TV Catatan
2001 Boboy The Movie Dirinya sendiri VCD
2003 Semarak Naga Saga Jason Kok
2020 Ting Tong Love Hairi Hadith Omar Astro Citra Lakonan bersama Scha Alyahya.
2021 6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend Amri Syahid Johan Lakonan bersama Nora Danish.
2022 Pak Kodi Diserang Zombie Alif Faizul A.Rashid TV3
2022 Demi Raya Ali Ismail Awesome TV Lakonan bersama Juliana Evans.
2022 Ramadan, Tunggu Aku Datang Ramadan Eyra Rahman TV9

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Gegar Vaganza (musim ke-6) Peserta Astro Ria Juara
Trek Selebriti Artis undangan
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3): Minggu 15 - Ara Johari Penyiasat jemputan TV3
2020 Immortal Songs Malaysia (Episod Ella) Peserta
2021 J.K.K (Musim 6): Episod 13 - Tanah Pusaka Zamani Artis undangan
2021 Warung Sepahtu: Episod 12 Tetamu jemputan Astro Warna Tetamu bersama Noraniza Idris
TBA Travelog TBA TBA TBA
2022 Konsert Minggu Ini: Naqiu ft Boboy Penyanyi TV2
2023 Gegar Vaganza (musim 10) Peserta Astro Ria Tempat ke-5

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Catatan
2019 Gegar Vaganza (musim 6) Final N/A Menang Juara bersama Hady Mirza
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Top 5 Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Naqiu Tercalon Top 10 undian tertinggi keseluruhan pusingan pertama
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Terpilih dalam kalangan 20 calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Naqiu menganggap penyenaraian itu sebagai pencapaian peribadi. Beliau berkata selama 20 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Boboy hingga bergerak solo, ini kali pertama dia dicalonkan dalam ABPBH. [7]

Mungkin ramai tidak percaya, tetapi inilah juga kali pertama vokalis kumpulan Boboy itu membolosi calon awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, seterusnya layak ke peringkat Top 5 dan satu-satunya penyanyi senior yang bersaing dengan penyanyi muda. Tidak hanya disenaraikan ke peringkat Top 5, namun lebih manis, Naqiu juga adalah dalam 10 artis yang meraih undian tertinggi pada pusingan awal ABPBH 34. [8]

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (17 November 2016)[1]. Berita Harian. Dicapai pada 17 November 2016.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019).[2] Berita Harian Dicapai pada 23 Disember 2019.
  3. ^ https://murai.my/2019/70021/erra-fazira-naqiu-minta-izin-jumpa-mak-saya-naqiu-imbas-nostalgia-lama/
  4. ^ Zaidi Mohamad (5 November 2019) [3]/ Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir [4] Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  6. ^ Nor Eryani Yusup (23 Jun 2021)[5]. "kosmo" Dicapai pada 23 Jun 2021.
  7. ^ Norzaidi Mohamad (26 September 2021) [6]. Berita Harian Dicapai pada 26 September 2021.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (10 Oktober 2021) [7]. Berita Harian Dicapai pada 10 Oktober 2021.

Pautan luar sunting