Nashville ialah ibu negeri Tennessee, Amerika Syarikat dan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk. [1] Ia terletak di bahagian barat laut lembangan Nashvillebersebelahan Sungai Cumberland[1] yang mencabang dari Sungai Ohio. Berdasarkan Tinjauan Masyarakat Amerika 2016, terdapat 667885 penduduk yang mendiami bandar ini. Peranan Nashville terutama sebagai "kawasan tumpuan muzik country" yang begitu penting kepada budaya Amerika Syarikat menarik perhatian syarikat-syarikat rakaman mendirikan pusat dan studio di sana, lalu mendapat jolokkan sebagai "Kota Muzik" (Music City).[2] Sebahagian besar gaya hidup bandar ini bergantung kepada bebrilang-bilang universitinya yang besar terdiri di kawasan ini sehingga ia disebut sebagai "Athens Selatan" (Athens of the South).[3]

Nashville, Tennessee
Bandar Nashville
NegaraAmerika Syarikat
NegeriTennessee
Keluasan
 • Jumlah525.9 batu persegi (1,362.2 km2)
Aras
597 ft (182 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah691,243
 • Kepadatan1,300/batu persegi (510/km2)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Laman sesawanghttps://www.columbiasc.net/

Lembaga Metro Taman dan Rekreasi memiliki dan mengurus 4100 hektar tanah serta 99 taman dan kawasan hijau. Bandar Nashville dan Daerah Davidson digabungkan pada tahun 1963 sebagai cara Nashville berdepan dengan masalah pembandaran. Surat khabar harian di Nashville ialah The Tennessean yang bersaing dengan The Nashville Banner sehingga tahun 1998, dan itu merupakan 1 lagi surat khabar harian yang terletak di bangunan sama bawah perjanjian operasi perkongsian. Berdasarkan Tinjauan Masyarakat Amerika 2016, 78.1% daripada penduduk yang bekerja di Nashville memandu kereta ke tempat kerja, 9.8% berkongsi kereta, 2% menggunakan pengangkutan awam dan 2.2% berjalan kaki.

Sejarah sunting

Kota ini ditubuhkan oleh James Robertson, John Donelson dan rombongan peneroka bergelar Overmountain Men di 1779, ia dinamakan sempena seorang perajurit Perang Revolusi Amerika, Francis Nash. Ia cepat membangun kerana lokasi strategiknya sebagai suatu pelabuhan utama di tepi sungai Cumberland.

Nashville turut menjadi kawasan utama semasa Perang Saudara Amerika dengan berlakunya pertempuran paling sengit di sana pada pertengahan Disember 1864.

Geografi sunting

Muka bumi sunting

Nashville terletak di bahagian barat laut suatu lembangan berdekatan Sungai Cumberland.[1] Titik paling rendahnya 385 kaki (117 m) dari paras laut berdekatan sungai ini[4] manakala titik paling tingginya 1,163 kaki (354 m) di kawasan hutan simpan Radnor Lake State Natural Area.[5][6] Kota ini turut penuh bukit-bukau kerana kedudukan ia di pangkal suatu rabung batu keras atau cuesta bernama Highland Rim.

527.9 batu persegi (1,367 km2), di mana 504.0 batu persegi (1,305 km2) daripada ia daratan sementara selebih ia yang 4.53% atau 23.9 batu persegi (62 km2) ialah air

Iklim dan suhu sunting

Kota ini beriklim subtropika lembap (Köppen Cfa, Trewartha Cf)[7] di mana musim panas ia lembap dan musim sejuk cenderung dingin biasa.[8][9][10]

Budaya sunting

Industri muzik dan genre country sunting

Nashville merupakan bandar kedua pengeluar muzik terbesar di Amerika Syarikat selepas New York,[11] ketiga-tiga label rakaman muzik terbesar Amerika Syarikat mempunyai pejabat utama dalam kota ini.[12] Ia turut merupakan ibu pejabat syarikat pengeluar gitar elektrik Gibson yang terkenal sejak 1984. Industri muzik ini sendirinya menyumbang kepada anggaran sebanyak USD10 bilion setahun dan 56,000 buah pekerjaan setempat.[13]

Kota ini juga menempatkan acara konsert yang penting dalam genre country iaitu Grand Ole Opry yang menampilkan banyak artis yang mencuba nasib atau memasyhur dari persembahan di sini termasuk Dolly Parton, Hank Williams Willie Nelson, Loretta Lynn, Johnny Cash dan Elvis Presley.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Find a County". National Association of Counties. Dicapai pada June 7, 2011.
  2. ^ "How Did Nashville Become the Hub of Country Music?". HowStuffWorks. June 25, 2018. Dicapai pada 2020-02-21.
  3. ^ Harper, Garrett; Cotton, Chris (2013). Nashville Music Industry: Impact, Contribution, and Cluster Analysis (PDF) (Laporan). Nashville Chamber of Commerce. Dicapai pada February 24, 2019.
  4. ^ "Elevations of the 50 Largest Cities (by population, 1980 Census)". Elevations and Distances in the United States. U.S. Geological Survey. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2011.
  5. ^ "Davidson County High Point, Tennessee". PeakBagger.com. Dicapai pada April 18, 2017.
  6. ^ "Radnor Lake State Natural Area". Important Bird Areas. Tennessee Ornithological Society. February 19, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2017. Dicapai pada April 18, 2017.
  7. ^ Petersen, James F.; Sack, Dorothy I.; Gabler, Robert E. (2016). Physical Geography (ed. 11th). Cengage Learning. m/s. 205. ISBN 978-1-305-65264-4.
  8. ^ "Humid subtropical climate". Encyclopædia Britannica Online. March 14, 2016. Dicapai pada December 26, 2016.
  9. ^ Pidwirny, Michael (2006). "Climate Classification and Climatic Regions of the World". Fundamentals of Physical Geography (ed. 2nd).
  10. ^ Harris, Amy (2011). "Climate of Nashville, Tennessee". USA Today. Travel Tips. Dicapai pada December 26, 2016.
  11. ^ "Hoedown on a Harpsichord". Time. November 14, 1960. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada August 3, 2011.
  12. ^ "Country Music Labels". ClubNashville.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2007.
  13. ^ "Nashville Music Industry: Impact, Contribution and Cluster Analysis" (PDF). Recording Industry Association of America. September 2015. Dicapai pada 2020-02-21.

Pautan luar sunting

Pemerintah
Lain-lain