Nasi ayam Hainan
Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.
Nasi Ayam Hainan ناسيء أيم هاينن | |
---|---|
Nama alternatif | Nasi Ayam, Hainan chicken, Khao man gai, Khao man kai, Chicken rice, Hainan Chicken Rice, |
Jenis | Hidangan nasi, hidangan ayam, Masakan Thailand, Masakan Hainan, masakan Cina Malaysia, masakan Singapura, masakan Cina Indonesia |
Kawasan/rantau | Kawasan Asia tenggara dengan jumlah penduduk kaum cina yang tinggi[1][2][3] |
Masakan berkaitan | Singapura (makanan kebangsaan), Malaysia, Thailand, Indonesia |
Bahan utama | Ayam, Stok ayam, lemak ayam, nasi |
617 kcal (2583 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Penyediaan
suntingDaging ayam disediakan melalui kaedah tradisional Hainan iaitu merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam atau khinzir, mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika perlu, segalanya menurut citarasa orang Cina terhadap penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk penyediaan nasi, yang sebaliknya melibatkan pati ayam yang dihasilkan khusunya untuk tujuan tersebut, maka hasilnya nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang digelar "nasi minyak". Sesetengah tukang masak membubuh santan kelapa ke dalam nasi, meniru gaya penyediaan nasi lemak.
Orang Hainan lebih gemar ayam yang matang dan gempal untuk memaksimumkan amaun minyak yang diekstrak, maka terhasilnya sajian yang lebih kuat rasanya. Lama-kelamaan, sajian ini mula menerapkan unsur-unsur gaya pemasakan Kantonis seperti menggunakan ayam yang lebih muda untuk daging yang lebih lembut. Dalam satu variasi yang lain, ayam dicelup dalam ais setelah dimasak untuk menghasilkan kulit selicin jeli, iaitu Báijī (白鸡 ) atau "ayam putih", berbanding dengan Lǔjī (卤鸡 , "ayam pati") yang lebih tradisional, juga dikenali sebagai Shāojī (烧鸡 ) atau "ayam panggang". Di Singapura, di mana arus pemodenan menyukarkan pengekalan dan penyimpanan pati asal jangka masa panjang, daging dimasak melalui perebusan dalam air berperisa bawang putih dan halia, kemudian pati yang dihasilkan diguna dalam penyediaan nasi dan juga dalam sup yang mengiringinya.
Sajian ini sering dihidangkan beserta sebilangan cecahan, termasuk sos cili dan serbuk halia. Di Hainan juga sering dihidangkan sos ketiga yang beramuankan sos tiram bercampur dengan bawang putih, manakala kicap pekat lebih diutamakan di Malaysia/Singapura. Versi Malaysian/Singapura bagi cili pula lebih pedas, mencerminkan pengaruh Asia Tenggara, dan boleh juga melibatkan campuran cili dengan bawang putih. Kebanyakan hidangan nasi ayam ini disajikan dengan hirisan timun, iaitu bayangan bagi citarasa orang Cina yang gemar kepelbagaian untuk sajian yang lebih lengkap.
- ^ Lisa Cam (25 July 2018). "So, if Hainan chicken didn't come from Hainan, where is it from?". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2019. Dicapai pada 13 June 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWang Yiyuan
- ^ "The Most Popular Malaysian Chinese Dishes and Its Origins". Convergence by Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Dicapai pada September 26, 2021.
Most sources will state that the chicken rice dish known as Hainanese Chicken Rice popular in Southeast Asia these days was created by Singaporeans, with some estimates going back to the 1920s. This is said to be the time when a certain Mr Wang Yiyuan had brought the dish from China and sold chicken rice balls from his hawker stall.