Nasi dagang (Jawi: ناسي داڬڠ) merupakan hidangan tempatan istimewa yang berasal dari Malaysia. Hidangan ini sememangnya terkenal di sekitar pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan sejauh pesisir Kedah , Pahang dan Johor, namun ia juga boleh didapati di rantau selatan Thailand (merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat) serta di Kepulauan Riau seperti (Tanjung Pinang , Natuna [2][3] dan Anambas di Indonesia).[4]

Nasi Dagang
ناسي داڬڠ
Nasi dagang Terengganu.
Nama alternatifNasi Dagae
Jenis sajianhidangan utama
Tempat asalMalaysia
KawasanPantai Timur
Dicipta olehMelayu Terengganu
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamanasi dan pulut, santan, halba, gulai ikan (aye atau tongkol), acar sayur
Variasinasi dagang Kelantan , nasi dagang Kedah , nasi dagang Johor
Tenaga makanan
(per hidangan)
508 [1] kcal
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Nasi Dagang
ناسي داڬڠ|Buku Masakan: Nasi dagang]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Nasi Dagang
ناسي داڬڠ|Media: Nasi dagang]]

Jenis Sunting

Nasi dagang Kelantan Sunting

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna perang kerana menggunakan beras berbeza dikenali sebagai 'beras dagang'.

Nasi dagang Terengganu Sunting

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong=potong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi dagang Kepulauan Riau dan Anambas Sunting

Nasi dagang yang dimasak dalam Kepulauan Riau diperisakan dengan santan kelapa sebelum dikukus; ia disajikan dengan ikan tongkol, ikan bilis, ikan tamban, telur ayam, dengan sambal. Dan dibungkus dengan daun pisang.

Hidangan lain-lain Sunting

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.

Nasi dagang juga terdapat di wilayah-Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat di Thailand.

Rujukan Sunting

  1. ^ https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-dagang
  2. ^ "Yuk Coba Ragam Kuliner Dari Natuna". natunaterkini.com. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-23. Dicapai pada 23 November 2019.
  3. ^ "8 Makanan Khas Pulau Natuna". Fajaraya. 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  4. ^ "Kuliner Pilihan: Ragam Menu Sarapan di Kepulauan Anambas". Tempo. 2018. Dicapai pada 23 November 2019.

Pautan luar Sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.