Nasi goreng USA

Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran masyarakat Melayu. Nasi goreng USA adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng U.S.A
Nasi goreng udang ayam sotong.jpg
Rupa nasi goreng USA yang sebenar
JenisNasi Goreng
Tempat asalMalaysia
KawasanAsia Tenggara
Masakan negara yang berkaitanMalaysia
Bahan utamanasi, ayam, sotong, udang
di Wikibuku Buku Masakan: Nasi goreng USA  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Nasi goreng USA

Nasi goreng USA selalu dikelirukan dengan Nasi goreng Amerika padahah nasi goreng USA adalah singkatan kepada Nasi Goreng Udang, Sotong dan Ayam.[1] Namun setelah disemak, kekeliruan ini muncul akibat peniaga Melayu dari Selatan Thailand telah salah tafsir nasi goreng USA di Malaysia adalah hidangan dari Thailand yang dikenali dengan nama "Khao Pad American" atau "American Fried Rice".

Jenis masakanSunting

Jelas pada menunya, bahan asas untuk masakan ini ialah kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan udang, sotong dan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ini dengan nasi goreng yang lain.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

HidanganSunting

Nasi goreng USA secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun dan telur goreng. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan yang lazimnya dikaitkan dengan nasi ayam.

RujukanSunting

Lihat jugaSunting