Nasi goreng ayam

Nasi goreng ayam ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Jenis masakanSunting

Berbeza dengan nasi ayam, jelas menunya merujuk kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ayamnya.

Sesetengah tukang masak hanya memotong ayam goreng dan dihidangkan bersama nasi goreng yang telah siap diletakkan di atas pinggan. Satu lagi variasi ialah tukang masak tersebut memasak sekali ayam yang telah digoreng itu ke dalam gaulan nasi goreng yang masih tengah dimasak. Ada sesetengah tukang masak pula memasukkan ayam mentah yang dijadikan rencah untuk nasi goreng itu sendiri.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

HidanganSunting

Nasi goreng ayam secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan yang lazimnya dikaitkan dengan nasi ayam.

Lihat jugaSunting