Nasib Do Re Mi
Nasib Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi hitam putih Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia arahan P. Ramlee, dan dilancarkan pada 20 Julai 1966. Selaku sekuel filem Do Re Mi, Ia menampilkan barisan pelakon utama, P. Ramlee, A. R. Tompel, Ibrahim Din.[1]
Nasib Do Re Mi | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis |
|
Lakon layar | S. Sudarmaji |
Cerita oleh | S. Sudarmaji |
Dihasilkan oleh | Runme Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Yew Wah |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 20 Julai 1966 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri dari dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku. Setelah melarikan diri terlalu jauh sehingga ke dalam hutan hingga larut malam, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan bekas pemuzik jalanan.
Setelah itu, plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Lokman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini. Setelah melarikan diri dari hospital, ketiga-tiga orang sahabat terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidup sehingga Do mendapat akal untuk mendapatkan wang dengan menipu Komeng dan konco-konconya.
Kemuncak kepada filem ini adalah bagaimana tiga orang sahabat bersama Lokman membuat keputusan untuk membawa Komeng dan kumpulan ke muka pengadilan dengan Nora sebagai pengintip wanita. Setelah Lokman, Do, Re dan Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanyak RM1000 oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.
Filem berakhir dengan Nora dan Lokman melangsungkan perkahwinan disaksikan tiga sahabat. Setelah perkahwinan, ketiga-tiga sahabat bahagia menunggang basikal baru (kemungkinan dibeli dari duit Komeng yang telah ditipu) menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baru.
Barisan pelakon
Pelakon utama
- P. Ramlee sebagai Do
- A. R. Tompel sebagai Re
- Ibrahim Din sebagai Mi
Pelakon pembantu
- Mahmud Jun sebagai Pak Maon
- Habibah Haron sebagai Isteri Pak Maon
- Ghazali Sumantri sebagai Lokman
- Mahyon Ismail sebagai Nora
- Idris Hashim sebagai Komeng - Ketua Kumpulan Penjenayah dan Dato Hercules/Hang Tuah
- Hussein Abu Hassan sebagai Yusni - Ahli Kumpulan Komeng
- Sharif Babu sebagai Sharif - Ahli Kumpulan Komeng
- A. Bakar Jaafar sebagai Ahli Kumpulan Komeng
- A. Azman (Tony Azman) sebagai Ahli Kumpulan Komeng
- Wan Chik Daud sebagai Jururawat Milo
- Karim Latiff sebagai Doktor
- Ramlee Ismail (Ramlee Kechik) sebagai Rakan Pak Maon
- Ahmad Dadida sebagai Pengurus Kedai Emas Sentosa
- Noor K.K sebagai Pak Lebai
- A. K. Jailani sebagai Penarik Beca
- Raden Sudiro sebagai Tok Bomoh
- Nor Jin sebagai Datuk Hercules
- Pak Yem sebagai Hakim Mahkamah
Penampilan khas
- Saloma sebagai Penyanyi Dalam Pesta Muda Mudi
Penghasilan
Filem ini mula digambarkan tidak lama selepas bermulanya tayangan filem terdahulunya, Do Re Mi, pada tahun yang sama.[2]
Runut
- "Sua Sue Kemoning" nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din
- "Taman Firdaus" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
- "Ilham Tiba" nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
- "Malam Pesta Muda Mudi" nyanyian Puan Sri Saloma
Lihat juga
Rujukan
- ^ http://www.filemkita.com/filem/n/nasib_do_re_mi_01.html
- ^ Razali, Hidir Ali (2024). "Tercipta Komedi Do Re Mi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 136–138. ISBN 9789672437871.