Naskh (Arab: نسخ; juga dikenali sebagai Naskhi atau nama Turkinya Nesih) ialah gaya skrip khat Islam. Berkemungkinan besar ia dicipta oleh ahli seni khat Parsi Ibn Muqlah Shirazi (Parsi: ابن مقلهٔ شیرازی). Akar kata Arab (نسخ) bermaksud "menyalin". Ia merujuk sama ada kepada fakta yang skrip gaya ini mengganti skrip Kufi, atau skrip ini membolehkan salinan teks dibuat dengan lebih pantas. Dengan sedikit perubahan, ia merupakan gaya yang paling sering digunakan untuk percetakan dalam bahasa Arab, Parsi, Pashto dan lain-lain.

Surah Al-Fatihah - skrip Naskh

Skrip ini terbit daripada skrip gaya Thuluth: beberapa pengubahsuaian menjadikannya bersaiz lebih kecil, dan tulisannya lebih halus. Ia ditulis dengan menggunakan pen yang kecil dengan mata pena halus (pen cava). Skrip ini merupakan skrip yang digunakan cara meluas dari dahulu lagi. Kehalusannya membuat skrip ini amat sesuai untuk menulis buku. Naskhi digunakan untuk menyalin Qur'an dan Hadis. Ia juga digunakan dalm penulisan tafsir dan himpunan syair (Divan).

Naskh, bersama skrip Ta'liq juga termasyhur kerana menjadi asas skrip Nasta'liq, yakni skrip yang digunakan dalam tulisan bahasa Urdu, Parsi, Kashmiri, dan kadang kalanya Pashto dan Uyghur.

Komputer lazimnya menggunakan skrip Naskh atau yang sama dengannnya, contoh: بسم الله الرحمن الرحيم (ungkapan Bismillah).

Pautan luar sunting

Galeri sunting