Nassier Wahab

Penyanyi dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan dari Nasseir Wahab)

Dato' Haji Mohd. Nasir bin Abd. Wahab (18 April 1962 – 5 Disember 2019), lebih dikenali sebagai Nassier Wahab, ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia.[1] Kejayaan beliau dalam bidang muzik hadir apabila beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.[2] Pada 15 Mei 2017, beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Dato’.[3]


Nassier Wahab

DIMP (Pahang)
Nassier pada 2019
Kelahiran
Mohd. Nasir bin Abd. Wahab

(1962-04-18)18 April 1962
Meninggal dunia5 Disember 2019(2019-12-05) (umur 57)
Sebab kematianKanser gusi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1980–2019
PasanganFatimah Abd. Raof
Anak-anak1

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Mohd. Nasir bin Abd. Wahab dilahirkan pada 18 April 1962 di Kota Kuala Muda, Kedah. Rumah keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.[4] Beliau merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik.[4]

Dalam usaha untuk meningkatkan kerjayanya, beliau telah memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Kolej Joseph Chamberlain, Birmingham, United Kingdom.[4]

Karier sunting

Nassier berduet dengan penyanyi Ramlah Ram bagi album Sekali Aku Jatuh Cinta pada November 1988 dengan irama pop dan irama Nusantara. Album Suara Hati telah diterbitkan oleh Ramli M. S. pada tahun 1992. Album ke-13 beliau berjudul Ke Puncak Persada. Album Memori Cinta Luka ialah terbitan syarikat MCAT Sdn. Bhd (2004).[3]

Nassier menyanyi di kelab malam di Kelab Diraja Selangor, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.[4] Beliau pernah berlakon dalam Si Jantung Hati bersama A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Dalam drama Episod Terakhir, beliau bergandingan dengan pelakon Eman Manan dan Sheila Rusly.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan pasangannya, Fatimah Abd. Rauf dan dikurniakan seorang cahaya mata, Intan Najihah Mohd. Nasir.

Pada tahun 2008, beliau dimasukkan ke ICU dan menerima rawatan rapi daripada doktor di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Beliau dikatakan cedera setelah rumahnya di USJ terbakar akibat litar pintas. Semasa kejadian, isterinya, Datin Fatimah Abd. Rauf (ketika itu berumur 44 tahun) dan anaknya, Intan Najihah (ketika itu berumur 11 tahun) tiada di rumah.[2]

Kematian sunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 12:45 pagi pada 5 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Bangsar, Kuala Lumpur akibat kanser gusi.[5][6]

Anugerah sunting

Gegar Vaganza 2015 sunting

Nassier Wahab merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 1 "Sekali Aku Jatuh Cinta" (Dirinya sendiri) Ke-7
Minggu 2 "Kau Pergi Jua"
(Adam Ahmad)
Pertama
Minggu 3 "Kau Pergi Tanpa Pesan" (M. Daud Kilau) Ke-2
Minggu 4 "Jangan Ada Dusta Diantara Kita"
(Broery M & Dewi Yull)
Ke-8
Minggu 5 "Di Pintu Syurga"
(Dayang Nurfaizah)
Ke-4
Minggu 6 "I'll Be There"
(The Jackson 5)
Ke-4
Minggu 7 "Camelia II"
(Ebiet G. Ade)
Ke-2
Minggu 8 "Biar Putih Tulang" (Dinamik) Ke-2
Minggu Akhir "Gelombang Cinta" (Heavy Machine) Tempat Ke-4
"Ooh! La! La! (KRU)

Diskografi sunting

Album studio

  1. Cinta Dan Perasaan (1985)
  2. Wajah Kekasih (1986)
  3. Sebuah Janji Tak Bererti (1987)
  4. Sekali Aku Jatuh Cinta (1988)
  5. Undangan Rindu (1990)
  6. Ke Puncak Persada (2000)
  7. Cinta Farhat/Airmata Dan Doa (2012)
  8. Lukisan Cinta (2015)
  9. Evergreen Klasik (2016)

Album Mini

  1. Memori Cinta Luka (2004)
  2. Dunia Cinta (2018)

Lagu-lagu Hits sunting

  • "Bayangan Wajah Duka"
  • "Sebuah Janji Tak Bererti"
  • "Sekali Aku Jatuh Cinta"
  • "Susah Senang Kita Bersama" (Duet Ramlah Ram)
  • "Undangan Rindu"
  • "Memori Cinta Luka"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Nota
1987 Si Jantung Hati Do Kecil AR Badul Filem pertama
1991 Sepi Itu Indah Zamri Jamil Sulong Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2006 Episod Terakhir Drama pertama dan terakhir

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2015 Gegar Vaganza 2 Peserta Astro Ria Pemenang Tempat ke-4

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-05. Dicapai pada 2004-08-05.
  2. ^ a b Georgie Joseph (5 Disember 2019). Belasungkawa Nassier Wahab Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  3. ^ a b Dennis Chua (5 Jun 2017). Staying in rhythm with Nassier New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  4. ^ a b c d e #Showbiz: Nassier’s smile, talent will always remembered New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (5 Disember 2019). "Nassier Wahab meninggal dunia". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-04. Dicapai pada 5 Disember 2019.
  6. ^ "Datuk Nassier Wahab meninggal dunia". Astro Awani. 5 Disember 2019. Dicapai pada 5 Disember 2019.

Pautan luar sunting