Datin Hajah Naszriah Ngasri (lahir 18 Disember 1984) atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri merupakan seorang ahli politik dan pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelakon kanak-kanak, dan dikenali sebagai seorang pelakon drama dan filem, serta seorang ahli politik di Malaysia dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan aktif dalam Puteri UMNO.


Anne Ngasri

Timbalan Pengerusi
Giatmara
Memegang jawatan
21 September 2023
Butiran peribadi
LahirNaszriah binti Ngasri
(1984-12-18) 18 Disember 1984 (umur 39)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik UMNO
PasanganAbdul Wafi Hassan (k. 2005; c. 2010)[1]
Dato’ Haji Mohd Sumali Reduan (k. 2012)[2]
Anak-anak6
Ibu bapa
  • Ngasri Sain
  • Habibah Jaafar
Saudara
PekerjaanPelakon, penerbit, usahawan, ahli politik
Dikenali keranaCili Padi

Kehidupan awal sunting

Anne Ngasri dilahirkan pada 18 Disember 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima kepada pasangan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ngasri Sain (lahir 1950) dan Habibah Jaafar (lahir 1954). Beliau merupakan adik kepada Nasliza Ngasri (lahir 1972); Naszeli "Boy" Ngasri (lahir 1974); Nasrizal "Bell" Ngasri (lahir 1980), Nasreen "Darling" Ngasri (lahir 1982), dan kakak kepada Nassuhada Ngasri (lahir 1996).

Kerjaya lakonan sunting

Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia 3 tahun. Bemula dengan iklan TV dan akhbar kemudian beralih ke medium TV. Antara iklan yang popular di zaman kanak-kanaknya ialah Grandy's, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi. Apabila meningkat dewasa, beliau turut terlibat dalam iklan jenama tudung Siti Khadijah, Bawal Exclusive, dan portal Mudah.my. Drama-drama penglibatannya ialah Cili Padi, Anak Angkat, dan lebih 200 tajuk drama.

Kerjaya politik sunting

Anne Ngasri mula aktif dalam politik khususnya dalam parti UMNO sejak tahun 2013. Beliau diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Cawangan Dataran Merdeka pada tahun 2013[3]. Beliau juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018[4]. Dalam Pemilihan UMNO 2018, beliau telah terpilih menjadi EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2019, beliau diberi ruang menyampaikan perbahasan mewakili Puteri UMNO dalam sesi Ucapan Perbahasan Perwakilan[5].

Kerjaya perniagaan sunting

Anne Ngasri mula menjalankan perniagaan tudung dengan jenama Anne Ngasri Exclusive (AN Exclusive). Perniagaannya berjalan di atas talian menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anne Ngasri menerusi jenamanya AN Exclusive juga terpilih menjadi Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrities Squad) yang berpeluang memasarkan perniagaannya di laman pasaraya atas talian (marketplace), Shopee[6].

Kehidupan peribadi sunting

Anne Ngasri pernah mendirikan rumahtangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010[7]. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits (Lahir pada 2006) , Abdul Wafri (Lahir 2008) dan Nazharah Afrozah (Lahir 2010).

Anne Ngasri kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz (Lahir 2013) dan Nefa Naura (Lahir pada 28 November 2018).[8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Ijah
1995 Sama Tak Serupa Ayu
1997 Gemerlapan Adik Mimi
1998 Penyair Malam Adik Perempuan Azira
2008 Dunia Baru The Movie Madihah
2014 Love, Supermoon Tiha
2023 Jemputan Ke Neraka Juga sebagai penerbit

Drama/Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993 Cili Padi [9] Lili TV3
1994 Anak Angkat Dicalonkan sebagai Aktres Pembantu Terbaik, Anugerah Skrin 1994
1996 Selamat Harijadi Su Suraya TV3
Darling Sayang Darling
1997 Kompromi
Salah Siapa TV3
2000 Intan
Masam Manis
2002 Demi Rina/Tina TV3
2003 Semarak Naga Rina
Ampunkan Dosaku Zahana
Bukan Ku Pinta Hayati TV3
Orang Gaji 41 TV3
2006 Dunia Baru Madihah Abdul Ghani TV3
2008 Jangan Main Belakang Julia Astro Ria
2009 Chef Jo Azlynn TV3
Gadis Cuci Mona Astro Ria
Selumbar Di Hati Mama TV2
2010 Mayang Mengurai Mayang Indera TV3
Sari Maya 2 Saidah TV9
Dunia Baru Reunion Madihah Portal gua.com.my Drama portal atas talian (web series)
Lagenda Budak Setan Suzana Astro Ria
2011 Kali Kedua Rina TV9
2012 Antara Kita Ain TVi
Cinta Vlog Sara TV9
2013 Sepai Mell TV1
Opah Siti
2014 Nota Untuk Sang Awan[10] Mira TV2
Kantin Cinta
2022 Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Lina TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk
2011 “Primadona… Perahu Mimpi”

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2007 Sehati Berdansa Astro Ria Naib Juara Musim Pertama, bersama bekas suami Abdul Wafi
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 TV3 Penyampai trofi
2012 Betul ke Bohong? Astro Warna Artis jemputan Episod Ke-12, Musim Kedua
2013 Betul ke Bohong? Astro Warna Artis jemputan Episod Ke-7, Musim Ketiga
Primadona Astro Prima / Astro Mustika HD Tetamu jemputan bagi Episod "Kahwin Muda"
2018 Di Balik Tawa Musim 2 Astro Warna Kemunculan dalam episod Bell Ngasri
Jozan Live Astro Warna Artis jemputan Minggu ke-8 bersama Darling Ngasri dan Bell Ngasri

Anugerah dan darjah kebesaran sunting

Anugerah sunting

Darjah kebesaran sunting

  Malaysia :

  Wilayah Persekutuan :

  • 2017 -   Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)[12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga". mStar. 25 Jun 2010.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 November 2012). "Bakal Suami Anne Ngasri Anggap Kahwin Dapat Baiki Kesilapan Lalu". mStar Online. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/6305470/pelakon-ketua-puteri-cawangan-dataran-merdeka
  4. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/06/12/anne-ngasri-exco
  5. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/60887/KHAS/UMNO/Air-mata-Anne-Ngasri
  6. ^ https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad
  7. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/06/25/anne-ngasri-sah-cerai-talak-tiga
  8. ^ http://www.gempak.com/artikel/14268/belum-habis-pantang-berat-anne-ngasri-dah-turun-10-kg
  9. ^ https://www.remaja.my/25-tahun-berlalu-ini-wajah-terbaru-pelakon-cilik-cili-padi/
  10. ^ https://vimeo.com/178780461
  11. ^ Wartawan SinarPlus (21 Julai 2023). "Tahniah! Datin Anne Ngasri terima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  12. ^ BERNAMA Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan Astro Awani

Pautan luar sunting