Natasha Elyzza
Natasha Elyzza Rohishim (lahir 19 Oktober 1994) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2013 dan mula dikenali umum menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di TV3.[2]
Natasha Elyzza | |
---|---|
Kelahiran | Natasha Elyzza binti Rohishim 19 Oktober 1994 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2013–kini |
KerjayaSunting
Natasha Elyzza, mesra dengan panggilan Tasya membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di Slot Azalea TV3, kemudian diikuti oleh Bila Hati Perempuan Menjerit di Astro Prima.
Kerjaya filem beliau bermula pada 2017 apabila ditawarkan membintangi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang lakonan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong; menjayakan watak sebagai Yoo Ri. Filem ini ditayangkan pada 30 Mac 2017.[3]
Pada tahun 2018, Natasha berlakon dalam tiga siri drama, antaranya ialah Rahsia Hati Perempuan.
Kehidupan peribadiSunting
Natasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu rakaman video aksi 'panas' melibatkan wanita mirip pelakon Fathia Latiff. Beliau memohon maaf berhubung penyebaran rakaman itu melalui media sosial.[4][5]
Natasha bersama pelakon Mimi Lana dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Beliau dipenjarakan selama 11 hari. Natasha dibebaskan pada 29 September selepas hasil siasatan mendapati dadah berkenaan bukan milik beliau.[6]
Menetap di Shah Alam, ramai yang tertarik dengan wajahnya yang seperti gadis Cina. Sebenarnya beliau memang berketurunan Cina-Malaysia. Beliau mewarisi darah Cina dari ibunya, Farah Lily Hoe, yang memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bapanya, Rohishim, yang berdarah Melayu-Benggali. Namun begitu, Natasha tidak tahu berbahasa Cina kerana dibesarkan dengan budaya Melayu dan bertutur bahasa Melayu seharian.
Dia juga seorang penggemar kucing, kucing yang dimilikinya setakat ini melebihi 16 ekor kesemuanya. Antara nama-nama kucing belaannya ialah Justin, Cotton, Casper, Dior, Charming, Koala, Miki, Marble, Hailey, Kenzo, Luna dan Sunkiss.
Pada 13 Disember 2020, Natasha memuatnaik kandungan di Instastory miliknya tentang kematian bapanya. Dia terkilan kerana tidak sempat berada disamping arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, walaupun beliau hadir sepanjang majlis pengebumian berlangsung. Ibu dan bapanya sudah berpisah sejak dia berusia 10 tahun.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | Kimchi Untuk Awak | Yoo Ri | Filem pertama |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Duri Di Hati | Fify | TV3 | Slot Azalea |
Bila Hati Perempuan Menjerit | Astro Prima | |||
2013–2014 | Projek Memikat Suami | Mel | Astro Ria | |
2014 | Selamat Pengantin Madu | Nabila | TV3 | |
Astana Cinta Aleesa | TV9 | Penampilan khas | ||
2015 | Dunia Generasi Baru | Siska | Slot Aurora | |
Isteri Separuh Masa | Mai | Astro Ria | ||
M.A.I.D. | Zaura | |||
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa | Tomako (muda) | Astro Bella | ||
Tersuka Tanpa Sengaja | Azrina | Astro Ria | ||
2016 | Isteri vs Tunang | Sara | ||
Cinta Roller Coaster | Athirah | TV3 | Slot Dahlia | |
2017 | Papa Ricky | Fifi | Astro Prima | |
Megat Extend | Niki | Astro Warna | ||
2018 | Kelas 3 Cempaka | TV1 | ||
Rahsia Hati Perempuan | Suri/Ibu Mikael | Astro Ria | ||
Terima Aku Seadanya | Vanes | ntv7 | ||
Aku Cinta Dia | Ariana | TV3 | ||
2019 | Setelah Terlafaznya Akad | Yana | Astro Ria | |
2021 | Marry Me Senorita | Shelli | ||
The Hotel | Umairah | |||
Malaysian Ghost Stories | Siti | Episod: "Penunggu Rumah Banglo" | ||
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja | Umaira | |||
2022 | Misi Anak Bulan | TV9 | ||
Remang | TV3 | |||
2023 | I Love You Mr Clown | Zerry | ||
Bintang |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Swadee Thirat | Thirat | TV1 |
Payung Emas | TV AlHijrah | ||
2019 | Boyfriend Aku Dari Neraka | Nadia | Astro Citra |
Dah Mati Pun Cantik | |||
2022 | Angah | Along | Astro Ria |
Raya Talak Satu | |||
Ke Hujung Nyawa | Maya | TV AlHijrah | |
Bisik-Bisik | TV1 |
Model KlipSunting
Tahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
2020 | "Hilang" | Kumpulan Umbrella |
RujukanSunting
- ^ Biodata Natasha Elyzza Azhan.co. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (18 Februari 2014). Natasha Elyzza demand? Diarkibkan 2018-10-06 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
- ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-15. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Feride Hikmet Atak (18 September 2017). Mohon maaf isu video Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2017.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 April 2018). Natasha Elyzza: Sungguh, saya menyesal Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ^ Kenangan raya paling syahdu Utusan Malaysia (5 Julai 2016). Dicapai pada 11 Oktober 2016. "Natasha pernah beraya sebagai tahanan, sesuatu yang cukup menginsafkan".