Natasha Hudson

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Natasha Liana Hudson)

Natasha Liana Hudson (lahir 9 September 1982) ialah seorang model, pelakon, penulis, pengacara TV dan humanis Malaysia, berketurunan Melayu-Australia. Sebagai penulis, beliau menerbitkan beberapa buku antaranya Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007). Adiknya, Tania Hudson juga pelakon.[6]

Natasha Hudson
Kelahiran
Natasha Liana binti Mohd Redzuan

(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 41)
WarganegaraMalaysia-Australia
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penulis
Tahun aktif1990–kini
Pasangan
  • Jay Jasmin (k. 2022)[1]
  • Noor Nashriq Sekarnor (k. 2018; c. 2019)[2]
  • Khalid Kamal (k. 2012; c. 2018)[3]
  • Shahrin Zahari (k. 2007; c. 2009)[4]
  • Mohd Faiz Mohd Raih (k. 2006; c. 2006)[5]
Anak-anak3
SaudaraTania Hudson (adik)

Kehidupan peribadi sunting

Natasha berkahwin sebanyak 5 kali. Perkahwinan pertama beliau dengan Mohd Faiz Mohd Raih bertahan selama 4 bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. Beliau kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. Dari tiga perkahwinannya, Natasha dikurniakan tiga anak—Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.[7] Beliau berkahwin kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018 namun bercerai pada tahun 2019. Natasha berkahwin dengan Jay Jasmin pada tahun 2022.

Pada 2012 juga, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan bidang seni yang diceburi. Natasha yang kini tampil berpurdah pada Disember 2016.[8] Dalam satu temu bual bersama IKIM.fm pada 2017, Natasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk berjumpa dengan keluarga bukan beragama Islam termasuk bapanya sambil mendakwa layanan dari keluarganya amat berbeza.[9] Beliau turut mendakwa digelar Wahabi setelah berhijrah.[10]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
2007 Chermin Nasrin
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Sara
2007 Sumolah
2011 Halilintar
2013 Langgar Amanda
Lemak Kampung Santan Sofia
2014 Mamak Cupcake Kak Teh
2023 Kelab Rojak

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Antara Keju dan Belacan Tyna Astro Warna
Bait Cinta Syanaz TV9
Deru Ombak Astro Prima
2012 Andai Ku Tahu Adura TV9
Cinta Luar Biasa Lina TV1
Tudung
Pulau Aqilah TV9
2021 Bila Syaitan Berbisik Maya Astro Ria Episod 1

Teater sunting

Tahun Tajuk
2008 Ibu Zain
2009 Gamat

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2005 Fesyen TV Astro Ria
2018 Hadith Open Mic Astro Oasis

Bibliografi sunting

  • Puisi Indah Si Pari-Pari (2006)
  • My Heart My Soul My Passion (2007)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Wanita Chermin Menang
Pelakon Wanita Terbaik Chermin Tercalon
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Lemak Kampung Santan Menang

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 Disember 2018).Natasha Hudson kahwin kali keempat Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  3. ^ y=2012&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Nikah bukan alasan bertudung - Natasha Kosmo! Online (15 April 2012). Dicapai pada 15 April 2012.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2018) Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan mStar Online. Dicapai pada 25 September 2019.
  5. ^ Kemalia Othman (15 Disember 2018) "Doakan yang baik-baik saja" - Natasha Hudson perkenal suami mStar Online. Dicapai pada 25 September 2019.
  6. ^ Izwan Mohd Isa (26 September 2017). Natasha Hudson masih mahu berlakon Diarkibkan 2018-06-27 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  7. ^ Aida Sue (16 April 2012). Majlis nikah sederhana Natasha Hudson & Carleed Khaza Wanista. Diperoleh pada 6 Julai 2012.
  8. ^ Azwa Rahman (6 Disember 2016). "Natasha Hudson Tampil Dengan Imej Berniqab". Rojak Daily. Dicapai pada 11 Disember 2016.
  9. ^ Siti Zurina Mat Saman (13 Jun 2017). "Kisah Natasha Hudson Tak Diberi Makanan Halal Oleh Keluarga & Cintanya Pada Quran Buat Hati Sebak!". Karangkraf. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  10. ^ "Digelar Wahabi Kerana Berniqab, Natasha Hudson Kongsi Suka Duka Kisah 'Hijrah'nya". Oh Bulan!. 6 Disember 2016. Dicapai pada 11 Disember 2016.

Pautan luar sunting