Natrah Maarof atau nama Belandanya Bertha Hertogh (1937-2009) adalah seorang wanita keturunan Belanda yang beragama Kristian. Dia terkenal dengan kisah kontroversi yang melibatkan perubahan agama dan hak penjagaan ketika masih kanak-kanak.

Natrah
Kelahiran
Maria Huberdina Hertogh

24 Mac 1937
Meninggal dunia9 Julai 2009 (umur 72)
Huijbergen, Belanda
Sebab kematianLeukemia
WarganegaraBelanda
Nama lainBertha Hertogh, Natrah, Natrah Maarof, Nadra Maarof
Terkenal keranaRusuhan Natrah
PasanganMansor Adabi (Islam)
Johan Wolkenfelt (Bukan Islam)
IbuAdeline Hunter
BapaAdrianus Petrus Hertogh
SaudaraWiesje Hertogh (kakak)
Benny Hertogh (adik)
Karel Hertogh (adik)

Bapanya adalah Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya bernama Wiesje dan Corrie, sementara adiknya ialah Benny dan Karel. Dia meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.[1]

Kehidupan Awal

sunting

Natrah dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa Barat, Indonesia, dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Pada Disember 1942, ketika Natrah berusia lima tahun, dia diserahkan untuk dipelihara oleh Che Aminah Mohamad tanpa pengetahuan bapanya yang telah ditawan oleh tentera Jepun. Che Aminah, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, adalah seorang peniaga kain di Jawa. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukanlah seorang pembantu rumah tetapi seorang penjaga yang baik. Natrah dibesarkan dengan nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Kepulangan ke Malaya

sunting

Pada 15 November 1945, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Pada masa yang sama, bapa Natrah, Sarjan Hertogh, dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia kembali ke Bandung, Jawa, dan mencari anaknya Natrah. Namun, Adeline dan Hertogh pulang ke Belanda tanpa menemui Natrah dan terus berusaha mencarinya melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris serta Belanda.

Kontroversi Penjagaan

sunting

Pada September 1949, Natrah ditemui oleh Arthur Locke, seorang Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Pada 12 April 1950, Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Pada 22 Mei 1950, Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura. Pada 24 April 1950, Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Che Aminah membuat rayuan pada 28 April untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Mohamed Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

Pada 19 Mei 1950, peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protagonis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura. Pada 28 Julai 1950, Che Aminah memenangi kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill.

Perkahwinan dan Perdebatan Agama

sunting

Kerana bimbang peristiwa berulang, pada 1 Ogos 1950, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A. Majid di 139, Serangoon Road, Singapura. Pada masa ini, Natrah berusia 13 tahun tetapi tubuhnya kelihatan lebih matang. Usia Mansor Adabi pula 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.

Pada 2 Disember 1950, Ketua Hakim mengeluarkan perintah ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam atau tidak. Mahkamah memutuskan bahawa selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibu bapa tetapi penjaga. Perdebatan ini bertukar daripada isu agama kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Namun, mahkamah juga menyatakan bahawa siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Kepulangan ke Belanda

sunting

Pada 12 Disember 1950, hakim menjatuhi hukuman bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan dijadikan Katholik. Keputusan ini mencetuskan rusuhan Natrah kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa dengan keputusan tersebut.

Pada 13 Disember 1950, Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Terdapat juga protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah. Pada 15 Disember 1950, Natrah tiba di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda, disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda dengan sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Committee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen op Zoom?'. Natrah meminta sejadah, bertanyakan kiblat dan tidak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Kehidupan Dewasa

sunting

Pada Januari 1952, Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. Pada 9 Januari 1951, Mansor Adabi menulis surat kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu. Surat kedua bertarikh 10 Januari 1951 menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan. Pada Mac 1953, Natrah menulis surat pertama kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor Adabi tidak menulis kepadanya lagi, menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.

Pada tahun 1954, Mansor Adabi berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Pada 20 April 1956, Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar. Mereka mempunyai 10 orang anak bernama Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

Kontroversi dan Masalah Peribadi

sunting

Pada 16 Ogos 1976, Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya, JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Pada tahun 1983, Bertha bercerai dengan Tom Ballermans, lelaki yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya, JG Wolkenfelt.

Pada tahun 1984, Bertha mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Pada 15 September 1984, Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel, seorang lelaki Indonesia. Bertha tinggal di Nevada, Amerika Syarikat, bekerja sebagai tukang masak, pengemas bilik hotel dan pencuci rumah.

Kematian

sunting

Pada tahun 1992, kerajaan Malaysia mengharamkan lagu yang berjudul "Natrah" nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah. Pada 8 Julai 2009, Bertha Hertogh atau Natrah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting