Pewarganegaraan

(Dilencongkan dari Naturalisasi)

Pewarganegaraan atau naturalisasi adalah suatu proses atau tindakan undang-undang bagi memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada seseorang yang bukan warganegara bagi sesebuah negara. Ia boleh dilakukan secara automatik melalui statut atau melibatkan permohonan atau usul dan kelulusan oleh pihak berkuasa berkaitan.[1] Peraturan-peraturan pewarganegaraan berbeza mengikut negara tetapi kebiasaannya termasuklah suatu janji untuk mematuhi dan menegakkan undang-undang negara itu, mengambil dan menerima sumpah taat setia serta boleh menentukan keperluan-keperluan lain seperti bermastautin untuk suatu tempoh minimum tertentu yang sah dan pengetahuan yang mencukupi tentang bahasa atau budaya dominan negara.

RujukanSunting

  1. ^ 8 U.S.C. § 1427(a) ("Requirements of naturalization"); lihat juga 8 U.S.C. § 1429 ("Prerequisite to naturalization; burden of proof"); 8 U.S.C. § 1452 ("Certificates of citizenship or U.S. non-citizen national status; procedure"); 8 U.S.C. § 1503 ("Denial of rights and privileges as national").