Naufara Yasin

(Dilencongkan dari Naufara)

Naufara Mohamed Yasin (lahir 1983 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia) ialah seorang bekas penyanyi wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula menerima pengiktirafan meluas menerusi lagu "Setia" yang meraih kedudukan teratas di beberapa carta lagu tempatan.[4]

Naufara Yasin
Nama lahirNaufara binti Mohamed Yasin
Kelahiran1983 (umur 40–41)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2002–2009
Syarikat rakaman
New Southern Records (NSR)

Kerjaya sunting

Bakat Naufara dalam industri muzik mula diperkenalkan kepada umum menerusi album kompilasi Sutera 3 terbitan New Southern Records (NSR) yang antara lain menampilkan Dayang Nurfaizah, Hetty Sarlene, Intan Sarafina dan lain-lain. Lagu sulungnya, "Setia" berjaya melancarkan kerjayanya sekaligus mendapat sambutan di radio dan menaiki beberapa carta lagu tempatan.[5]

Album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan tidak lama selepas itu.[6][7] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Setia", "Gelisah", "Ku Bukan Seperti Dulu" dan "Di Alam Cinta" menampilkan duet bersama Flop Poppy. Menerusi album ini, beliau menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-11.[8][9]

Naufara juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi telefilem VCD yang bertajuk Sali's Janda yang mana beliau melakonkan watak sebagai Junaidah, seorang gadis kampung yang dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia oleh keluarganya.[8]

Pada tahun 2008, beliau dan adiknya, Pija Yasin muncul dengan album duet bertajuk Posh yang mempertaruhkan lagu bertajuk sama sebagai single pertama.[10][11] Mereka berdua kemudian mencuba nasib dalam pertandingan One in a Million musim ketiga, namun Naufara tersingkir dalam pusingan Central Eliminations.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Naufara dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah.[8][1] Beliau ialah kakak kepada penyanyi, Pija Yasin yang merupakan juara Mentor musim pertama. Beliau telah berkahwin dan sejak itu, beliau telah memperlahankan kerjaya seninya.[1]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Naufara Yasin

Lagu sunting

Tajuk Tahun
"Setia" 2002
"Gelisah" 2003
"Ku Bukan Seperti Dulu" (ft. Skinny G)
"Di Alam Cinta" (ft. Flop Poppy) 2004

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak
2004 Sali's Janda Junaidah

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tetcalon Keputusan Ruj.
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Artis Baru Terbaik Dirinya sendiri Tercalon [8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Khai Azfar (23 Oktober 2018). "Throwback! 7 penyanyi ini pernah popular suatu ketika dahulu". Murai.my. Dicapai pada 17 Julai 2019.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (6 Disember 2003). "Naufara berani harungi cabaran". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-08. Dicapai pada 17 Julai 2010.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Mac 2005). "Naufara yakin masanya akan sampai..." Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2010.
  4. ^ Saharudin Musthafa (19 Oktober 2003). "Naufara - Impian tercapai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  5. ^ Suraiya Mohd Nor (7 Mei 2003). "Kompilasi Suara 3 perkenalkan Naufara Yasin". Berita Harian. Dicapai pada 16 Julai 2019.
  6. ^ "Naufara ada kualiti tersendiri". Bintang Popular. Berita Minggu. 30 Jun 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-10-03. Dicapai pada 17 Julai 2010.
  7. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (19 Mac 2004). "Celoteh Naufara semakin rancak". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2010.
  8. ^ a b c d Jamilah Abdullah (4 April 2004). "Naufara - AIM 2004 jadi ukuran". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-04-17. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  9. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (20 Mei 2004). "Naufara mohon restu peminat". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2010.
  10. ^ Wahida Asrani (1 Disember 2008). "Pija & Fara nekad teruskan perjuangan menerusi Posh". mStar Online. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  11. ^ "Pija Mentor dan Naufara muncul kembali dengan album single". Kosmo!. 26 Disember 2008. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  12. ^ ""Doakanlah jodoh saya" - Naufara". Hai. 27 Ogos 2009. Dicapai pada 17 Julai 2010.

Pautan luar sunting