Naysila Mirdad
Naysila Mirdad atau lebih mesra disapa sebagai Nay (lahir di Jakarta, 23 Mei 1988; umur 36 tahun) ialah seorang pelakon, dan peragawan yang berasal dari Indonesia. Nay merupakan anak ketiga dari pasangan artis Jamal Mirdad dan juga Lydia Kandou. Beliau lahir di Jakarta pada 23 Mei 1988.[1] Dia beragama Kristian Protestan.
Naysila Mirdad | |
---|---|
Kelahiran | Naysila Nafulany Mirdad 23 Mei 1988 |
Warganegara | Indonesia |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawan |
Pasangan | Roestiandi Tsamanov (2017 - kini) |
Ibu bapa | Lydia KandouJamal Mirdad |
Hubungan | Nana Mirdad (kakak)Kenang Mirdad (kakak)Nathana Mirdad (adik) |
Siri drama lipur lama (dipanggil sinetron di Indonesia) "Liontin" telah menaikkan nama beliau di mana siri tersebut turut dibintangi oleh kakak beliau iaitu Nana Mirdad. Siri drama yang mula disiarkan pada tahun 2005 tersebut adalah penampilan sulung beliau di dunia seni Indonesia.
Drama
sunting- Liontin sbg Indy/Rianti
- Liontin 2 sbg Indy/Rianti
- Bunga Kasih Sayang sbg Bunga
- Intan sbg Intan
- Maha Cinta
- Melodi sbg Melodi
- Bingkisan Tujuh Belasan
- Cahaya sbg Cahaya
- Sekar sbg Sekar
- Isabella sbg Isabella/Ingka
- Sumi Benci Bule sbg Sumi
- Aqso dan Madina sbg Risma
- 2009-Doa dan Karunia sbg Karunia
Rujukan
sunting- ^ "Biografi Naysila Mirdad @ kapanlagi.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-28. Dicapai pada 2008-04-24.