Nayunda (lahir 8 Jun 1991) adalah merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Makassar, Indonesia. Beliau pernah menghadiri ujibakat bagi program realiti TV yang ditayangkan RCTI, Indonesian Idol musim ketujuh pada 2012 namun gagal menempatkan dirinya didalam program realiti tersebut pada ketika itu. Beliau mulai dikenali umum setelah single pertamanya, Lelah Mengalah diterbitkan pada tahun 2017. Setelah Sukses dengan singlenya, Nayunda kembali Mengikuti ajang pencarian bakat rising star Indonesia Dangdut yang di selenggarakan di MNC TV, dan berhasil mendapatkan Peringkat ke-2 Juga membawa pulang Hadiah sebesar 50 JT.

Nayunda
Nama lahirNayunda Nabila Nizrinah
Kelahiran (1991-06-08) 8 Jun 1991 (umur 32)
Berasal dariIndonesia Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2012-kini
Syarikat rakaman
18 Musik (2017-2019)
Lelarizt (2019-kini)
Pengkarya berkait
The Mirza

Biografi sunting

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Judul Album
2017 "Lelah Mengalah" Single
2018 "Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa"

Kontroversi sunting

Isu lagu "Lelah Mengalah" sunting

Pada tahun 2019, Nayunda menerima khabar yang mengatakan bahawa lagu pertamanya Lelah Mengalah yang dirakam pada sekitar tahun 2017 telahpun dirakam semula oleh sepasang penyanyi kembar dari Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai The Mirza. Nayunda kemudian dimaklumkan akan hal itu setelah beliau menerima sebuah pesanan daripada penyanyi cilik yang berasal dari Malaysia, Alyssa Dezek menerusi laman Instagram yang memaklumkannya bahawa lagu tersebut sudahpun dirakam semula. Namun bagi Nayunda, pihaknya tidak mempunyai masalah berkenaan isu tersebut malah beliau mengatakan kejadian tersebut malah membuatkan namanya semakin dikenali di Malaysia. Menurut Nayunda, isu ini timbul setelah hampir setahun lagu ini dilancarkan dan tiba-tiba dia dikejutkan bahawa lagu ini telahpun dirakam semula oleh The Mirza. Nayunda juga menjelaskan bahawa penarikan dirinya daripada syarikat rakaman sebelum ini yang membuatkan lagu popular tersebut kemudian bertukar tangan. Walaupun The Mirza telah menegaskan bahawa lagu tersebut adalah hak milik mereka, namun Nayunda tidak mempunyai sebarang masalah terhadap isu tersebut memandangkan beliau dan The Mirza pernah bernaung di syarikat rakaman yang sama. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ Ayul Ayub [1] "Buletin Malaysia".