Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak (lahir 19 November 1966) merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau merupakan bekas pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohamed Noah, serta adik kepada bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.


Nazir Razak

PSM; SSAP, SIMP (Pahang); DPMS (Selangor); DSAP (Pahang)
Nazir sebagai panelis di Davos 2017.
Kelahiran
Mohamed Nazir bin Abdul Razak

(1966-11-19) 19 November 1966 (umur 57)
Pusat pendidikanUniversiti Bristol
Universiti Cambridge
PekerjaanEksekutif bank
PasanganPuan Sri Yati Zainuddin (k. 2023)
Anak-anak2
Ibu bapaTun Abdul Razak Hussein
Tun Rahah Mohamed Noah
HubunganDato' Sri Najib Razak (abang)
Dato' Seri Hishammuddin Hussein (sepupu pertama)
Tan Sri Mohamed Noah Omar (datuk)
Dato' Hussein Awang Mohd Taib (datuk)
Tan Sri Abdul Aziz Taha (bekas bapa mentua)

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Nazir dilahirkan pada 19 November 1966 di Kuala Lumpur. Bapanya meninggal dunia masa beliau baru berusia sembilan tahun dua bulan. Beliau bersekolah di Institusi St. John dan Alice Smith School sebelum meneruskan pendidikan menengah di Universiti Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.[1]

Kerjaya sunting

Setelah pulang dari United Kindgom, Nazir menyertai jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad. Beliau mula meningkat naik sehingga menjadi pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank tersebut, pada masa tersebut dikenali sebagai CIMB, pada tahun 1999.[1]

Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai "Eksekutif Teratas Terbaik" oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010.[1]

Beliau tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Dato' Azlina Aziz, anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia. Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang anak.[3] Mereka telah bercerai pada tahun 2023.[4]

Pada 17 November 2023, beliau berkahwin dengan kekasih hatinya Puan Sri Yati Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan rakan pengasas Bluemolly Cosmetics.[5]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 One Cent Thief Pejalan Kaki / muda Astro Ria Penampilan kameo
TBA One Cent Thief (Musim 2) Kameo; Episod: "The Revenge of All Digital Karma"

Anugerah dan penghargaan sunting

Pada Oktober 2015, Nazir telah diberi penghormatan dengan Asia House Asian Business Leaders oleh Asia House untuk "menggariskan manfaat kerjasama dan perkongsian di antara Asean melalui sokongannya terhadap pembelajaran, penyelidikan bebas dan kerja-kerja amal, serta dalam strategi perniagaan bercita-cita tinggi, menunjukkan bagaimana inisiatif Asean seluruh komersial yang berjaya boleh membawa rakyat bersama-sama untuk kebaikan bersama."[6] Beliau ialah ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford.[7]

Anugerah Malaysia sunting

  •   Malaysia :
    •   Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2021)[8]
  •   Pahang :
    •   Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – dahulunya Dato', kini Dato' Indera (2004)[9]
    •   Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2007)[9]
  •   Selangor :
    •   Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2015)[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Dato' Sri Nazir Razak". CIMB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2011-06-07.
  2. ^ Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia Bernama
  3. ^ "BIODATA OF DATO' SRI MOHAMED NAZIR ABDUL RAZAK". Wawasan Open University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-16. Dicapai pada 16 October 2015.
  4. ^ "About Me | Nazir Razak". www.nazirrazak.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-12.
  5. ^ Umavathi Ramayah (17 November 2023). "Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin". Astro Awani. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  6. ^ "Nazir Razak honoured with prestigious award". Free Malaysia Today. 2015-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2015-10-16.
  7. ^ "Dato' Sri Nazir Razak | Blavatnik School of Government". www.bsg.ox.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-23. Dicapai pada 2015-12-22.
  8. ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  9. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-06-02.

Pautan luar sunting