Neeta Manishaa

Penyanyi wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Neeta)

Neeta Manishaa Manogaran (lahir 16 November 1994) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan iamNEETA yang menampilkan single 2019 bertajuk "Ilusi" bagi OST MegaDrama Sweet Dreams di Astro Ria.[1] Beliau juga salah seorang peserta dalam satu program yang diterbitkan oleh Astro iaitu Big Stage 2019 dan mengangkat Neeta selaku pemenang Naib Juara untuk Big Stage musim kedua serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi. .[2]

Neeta
Nama lahirNeeta Manishaa a/p Manogaran
Kelahiran (1994-11-16) 16 November 1994 (umur 25)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
NAR Records
Kegiatan berkaitan
iamNEETA

Kerjaya muzikSunting

iamNEETASunting

Rencana utama: iamNEETA

Neeta ialah salah seorang ahli pengasas iamNEETA sewaktu penubuhannya pada 2011. Beliau ialah vokalis utamanya bersama Patrick Anohada (gitar) dan Anas Zakwan (bes). Kumpulan ini mengikat kontrak bersama NAR Records dan muncul bersama single pertama "Tuhan Tolong Aku".

Big Stage (Musim 2)Sunting

Neeta menyertai pertandingan Big Stage musim kedua dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up). Peserta yang terlibat termasuk Syada Amzah, Adzrin dan Aziz Harun.[3]

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Sakit" iamNEETA Ke-3
Minggu 2 Hype Beat "Say My Name" Destiny's Child Ke-4
Minggu 3 Glocal Hits "Ku Bersuara" Ernie Zakri Ke-2
Minggu 4 Duominasi "Tentang Dia"

(duet Azmi Saat)

Melly Goeslaw & Evan Sanders Ke-7
Minggu 5 Cannot Brain "Wo Yao Ni De Ai" Grace Chang Ke-2
Minggu 6 (Suku Akhir) Pilihan Juri "Pujaan Hati" Adira Ke-2
"Bang Bang"

(battle dengan Han-byul)

Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj
Minggu 7 (Separuh Akhir Road To Final "Potret" Akim & The Majistret Tempat pertama
"Terlanjur Cinta"

(duet dengan Hael Husaini)

Pasha (Ungu) & Rossa
Minggu 8 (Akhir) Cover Finale & Single Baharu "I Wanna Dance With Somebody" Whitney Houston Naib Juara
"Ruang Mimpi"

(Lagu baru)

Neeta

DiskografiSunting

SingleSunting

Lagu
Tahun Lagu Komposer Pencipta Lagu Penulis Lirik
2019 Ruang Mimpi[4] - Becky Zulkefli -

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Catatan
2019 Big Stage 2 Peserta Astro Ria & Ria HD

RujukanSunting

  1. ^ Latar belakang 1Malaysia keunikan iamNEETA mStar Online (28 April 2012). Dicapai pada 19 Oktober 2012.
  2. ^ Rozaimi Zubaidi (23 Ogos 2019). "Kami Masih Bersama" - Neeta nafi undur diri dari kumpulan iamNEETA Astro Gempak. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. 7 Ogos 2019. 
  4. ^ Wawann Mohd (10 Oktober 2019). Saya tak pernah terfikir nak buat solo: Neeta Sinar Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2019.

Pautan luarSunting