Dalam teori sistem dunia, negara pinggiran (kadangkala hanya disebut sebagai pinggiran) ialah negara yang kurang membangun berbanding negara separa-pinggiran dan negara teras. Negara tesebut biasanya mengalami pembahagian kecil dari kekayaan global. Negara tersebut memiliki institutsi negara yang kecil dan bergantung pada – menurut beberapa pihak, dieksploitasi oleh – negara yang lebih membangun. Negara tersebut biasanya jauh ke belakang kerana cabaran seperti kekurangan teknologi, pemerintahan yang tak stabil, dan pendidikan dan sistem kesihatan yang rendah.[1]

Peta negara-negara dunia mengikut status perdagangan, akhir abad ke-20, menggunakan pembezaan sistem dunia dalam negara teras (biru), negara separa-pinggiran (ungu) dan negara pinggiran (merah).

Rujukan sunting

  1. ^ Escudé, Carlos; Schenoni, Luis L. "Peripheral Realism Revisited". Revista Brasileira de Política Internacional. 59 (1): 1–18.