Negara tropika di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Beberapa negara tropika telah menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk walaupun tidak mempunyai iklim yang bersesuaian bagi sukan musim sejuk. Sebahagiannya kerana itu, penyertaan mereka adalah subjek cerita pesona dalam temasya itu.[1][2] Setakat kini, tiada negara tropika pernah memenangi pingat Olimpik Musim Sejuk.

Negara bercuaca panas, tetapi bukan tropika pertama yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ialah Mexico. Kebanyakan kawasan Mexico berada di latitud utara Garisan Sartan, dan kebanyakannya juga memiliki iklim tanah tinggi subtropika atau separa gersang, jadi ini bukanlah negara tropika secara eksklusif. Walau bagaimanapun, Mexico membuat penampilan sulung Olimpik Musim Sejuk pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 1928[3] dengan pasukan kereta gelongsor lima orang, dan menduduki tempat ke-11 daripada 23 negara.[4] Mexico tidak kembali lagi ke Sukan Musim Sejuk sehingga Sukan Olimpik Musim Sejuk 1984. [5]

Negara tropika pertama yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk ialah Filipina yang menghantar dua pemain ski alpine ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 di Sapporo, Jepun.[6] Ben Nanasca menduduki tempat ke-42 dalam ski slalom gergasi (daripada 73 peserta), dan Juan Cipriano gagal tamat. Dalam ski slalom, kedua-duanya gagal mara. Costa Rica menjadi negara tropika kedua yang menyertai Sukan Musim Sejuk ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 1980 di Tasik Placid, New York,[7] di mana Arturo Kinch turut bertanding dalam acara ski alpine. Kinch terus bersaing bagi Costa Rica dalam tiga lagi edisi, termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 pada usia 49 tahun. Ketika itu, beliau mendapat tempat ke-96 dalam acara ski merentas desa 15 km, tempat kedua terakhir selepas Prawat Nagvajara dari Thailand, sebuah lagi negara tropika.[8]

Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 di Calgary, Alberta, Kanada menarik banyak negara tropika, termasuk Costa Rica, Fiji, Guam, Guatemala, Jamaica, Antilles Belanda, Filipina, Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat. [9] Pasukan bobsleigh Jamaica menjadi kegemaran peminat dalam edisi ini,[10] dan kemudiannya menjadi inspirasi kepada filem Cool Runnings. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 1994 enam tahun kemudian, kereta luncur empat lelaki Jamaica menduduki tempat ke-14, di hadapan Amerika Syarikat dan Rusia, manakala pemain kelahiran Jamaica Lascelles Brown pula memenangi pingat perak bagi pasukan Kanada pada 2006.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali menandakan kemunculan sulung Habsyah[2] dan Madagascar.[11] Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, British Columbia, Kanada menyaksikan kemunculan pertama Kepulauan Cayman, Colombia, Peru,[12] dan Ghana.[13] Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 menyaksikan penampilan sulung Dominica, Paraguay, Timor-Leste, Togo, Tonga dan Zimbabwe. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 menyaksikan penampilan sulung Ecuador, Eritrea, Malaysia, Nigeria dan Singapura. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 menyaksikan penampilan sulung Haiti.

Rujukan sunting

  1. ^ Brown, Gerry. "Beyond the Jamaican Bobsledders". Infoplease. Dicapai pada September 16, 2006.
  2. ^ a b "Ethiopia first at Winter Olympics". BBC News. February 10, 2006. Dicapai pada September 16, 2006.
  3. ^ Comité Olympique Suisse (1928). Rapport Général du Comité Exécutif des IImes Jeux Olympiques d'hiver (PDF) (dalam bahasa Perancis). Lausanne: Imprimerie du Léman. m/s. 7. Dicapai pada January 30, 2008.
  4. ^ Comité Olympique Suisse (1928). Résultats des Concours des IImes Jeux Olympiques d'hiver (PDF) (dalam bahasa Perancis). Lausanne: Imprimerie du Léman. m/s. 12–13. Dicapai pada January 30, 2008.
  5. ^ Official Report of the Organising Committee of the XlVth Winter Olympic Games 1984 at Sarajevo (PDF). Sarajevo: Oslobodenje. 1984. m/s. 89–90. Dicapai pada January 31, 2009.
  6. ^ The Official Report of XIth Winter Olympic Games, Sapporo 1972 (PDF). The Organizing Committee for the Sapporo Olympic Winter Games. 1973. m/s. 32, 145, 447. Dicapai pada January 31, 2008.
  7. ^ Final Report XIII Olympic Winter Games (PDF). Ed Lewi Associates. m/s. 6, 12, 19. Dicapai pada January 31, 2008.
  8. ^ "Turin 2006 Winter Olympics – Cross Country Results". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2007. Dicapai pada January 31, 2008.
  9. ^ Janofsky, Michael (February 7, 1988). "'88 Winter Olympics; Calgary Has It Down Cold". The New York Times. Dicapai pada January 31, 2008.
  10. ^ Harasta, Cathy (February 20, 1988). "Jamaican bobsledders want to dispel jokes about tropical entry in wintry sport". The Dallas Morning News.
  11. ^ "Madagascar prepares for its first winter Olympic appearance ever in Turin 2006" (PDF) (Siaran akhbar). rAzAlpin.org. November 28, 2005. Dicapai pada January 31, 2008.
  12. ^ Brewer, Jerry (February 4, 2010). "Peruvian cross-country skier Roberto Carcelén reaches Olympic dream". The Seattle Times.
  13. ^ Wyatt, Ben; Gittings, Paul (February 27, 2010). "Snow Leopard continues proud African tradition at Winter Games". CNN. Dicapai pada February 9, 2010.