Negeri-negeri Republik Weimar

Negeri-negeri Republik Weimar adalah bahagian pentadbiran peringkat pertama dan negeri konstituen Jerman semasa era Republik Weimar. Negeri-negeri ini telah ditubuhkan pada 1918 susulan dari Revolusi Jerman setelah tamatnya Perang Dunia I, dan berdasarkan 21 negeri konstituen Empayar Jerman yang memansuhkan pemerintahan beraja mereka. Negeri-negeri baru diteruskan sebagai republik disamping tiga kota bertaraf negeri yang sedia ada dalam Republik Weimar baru, mengguna gelaran Freistaat ("Negeri Bebas") atau Volksstaat ("Negeri Rakyat").

Peta menunjukan negeri-negeri dalam Republik Weimar

Senarai negeriSunting

Negeri BebasSunting

Negeri Nama penuh Ibu negeri Ditubuhkan Nota
Anhalt Negeri Bebas Anhalt
Freistaat Anhalt
Dessau 1918 Digabung ke Saxony-Anhalt pada 1945.
Baden Republik Baden
Republik Baden
Karlsruhe 1918 Dipecah menjadi Württemberg-Baden dan Baden Selatan pada 1945.
Bavaria Negeri Bebas Bavaria
Freistaat Bayern
Munich 1918
Brunswick Negeri Bebas Brunswick
Freistaat Braunschweig
Braunschweig 1918 Dipecah dan digabung menjadi Lower Saxony dan Saxony-Anhalt pada 1946.
Coburg Negeri Bebas Coburg
Freistaat Coburg
Coburg 1918–20 Digabung ke Bavaria pada 1920.
Hesse Negeri Rakyat Hesse
Volksstaat Hessen
Darmstadt 1918 Dipecah kepada Greater Hesse dan Rhineland-Palatinate pada 1945.
Lippe Negeri Bebas Lippe
Freistaat Lippe
Detmold 1918 Digabung kedalam North Rhine-Westphalia pada 1947.
Mecklenburg-Schwerin Negeri Bebas Mecklenburg-Schwerin
Freistaat Mecklenburg-Schwerin
Schwerin 1918 Digabung kedalam Mecklenburg-Vorpommern pada 1933.
Mecklenburg-Strelitz Negeri Bebas Mecklenburg-Strelitz
Freistaat Mecklenburg-Strelitz
Neustrelitz 1918 Digabung kedalam Mecklenburg-Vorpommern pada 1933.
Oldenburg Negeri Bebas Oldenburg
Freistaat Oldenburg
Oldenburg 1918 Dipecahkan kepada Lower Saxony, Schleswig-Holstein dan Rhineland-Palatinate pada 1946.
Prusia Negeri Bebas Prusia
Freistaat Preußen
Berlin 1918 Dimansuhkan pada 1947.
Saxony Negeri Bebas Saxony
Freistaat Sachsen
Dresden 1918
Reuss Negeri Rakyat Reuss
Volksstaat Reuß
Gera 1918–20 Digabung ke Thuringia pada 1920.
Schaumburg-Lippe Negeri Bebas Schaumburg-Lippe
Freistaat Schaumburg-Lippe
Bückeburg 1918 Digabung ke Lower Saxony pada 1946.
Thuringia Negeri Bebas Thuringia
Freistaat Thüringen
Erfurt 1920 Digabung dari Negeri-Negeri Bebas Saxe-Weimar-Eisenach, Saxe-Meiningen, Schwarzburg-Rudolstadt, Schwarzburg-Sondershausen dan Negeri Rakyat Reuss.
Saxe-Meiningen Negeri Bebas Saxe-Meiningen
Freistaat Sachsen-Meiningen
Meiningen 1918–20 Digabung ke Thuringia pada 1920.
Saxe-Weimar-Eisenach Negeri Bebas Saxe-Weimar-Eisenach
Freistaat Sachsen-Weimar-Eisenach
Weimar 1918–20 Digabung ke Thuringia pada 1920.
Schwarzburg-Rudolstadt Negeri Bebas Schwarzburg-Rudolstadt
Freistaat Schwarzburg-Rudolstadt
Rudolstadt 1918–20 Digabung ke Thuringia pada 1920.
Schwarzburg-Sondershausen Negeri Bebas Schwarzburg-Sondershausen
Freistaat Schwarzburg-Sondershausen
Sondershausen 1918–20 Digabung ke Thuringia pada 1920.
Waldeck-Pyrmont Negeri Bebas Waldeck-Pyrmont
Freistaat Waldeck-Pyrmont
Arolsen 1918–29 Pyrmont digabungkan ke Prusia pada 1921; Waldeck digabungkan ke Prusia pada 1929.
Württemberg Negeri Rakyat Bebas Württemberg
Freier Volksstaat Württemberg
Stuttgart 1918 Dipecah kedalam Württemberg-Baden dan Württemberg-Hohenzollern pada 1945.

Kota Bebas dan Liga HansaSunting

Negeri Nama penuh Ibu negeri Nota
Bremen Kota Bebas Liga Hansa Bremen
Freie Hansestadt Bremen
Bremen
Hamburg Kota Bebas Liga Hansa Hamburg
Freie und Hansestadt Hamburg
Hamburg
Lübeck Kota Bebas Liga Hansa Lübeck
Freie und Hansestadt Lübeck
Lübeck Digabung ke Prusia pada 1937.

Wilayah-wilayah lainSunting

Selepas Perang Dunia I, Lembah Saar telah diduduki dan ditadbir bersama oleh United Kingdom dan Perancis dari tahun 1920 hingga 1935 dibawah Mandat Liga Bangsa-Bangsa.[1] Selepas pungutan suara diadakan pada 1935, wilayah itu telah dikembalikan kepada Jerman.[2]

Selaras dengan Perjanjian Versailles, bandaraya Danzig (sekarang Gdańsk, Poland) telah dipisahkan dari Jerman pada 15 November 1920 dan berubah menjadi kota bertaraf negeri yang semi autonomi dibawah perlindungan Liga Bangsa-Bangsa.[3][4] Perjanjian itu menyatakan bahawa ia kekal terpisah dari kedua-dua Jerman dan Poland yang baru merdeka, tetapi bukan negara berdaulat sendiri.[5] Selepas Nazi menceroboh Poland pada September 1939, status autonomi kota tersebut telah dibatalkan dan ia diilhak oleh Jerman.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Article 45-50 with Annex, Treaty of Versailles
  2. ^ M G Callagher. "The Saar Plebiscite, 1935". Moodle.kkc.school.nz. Dicapai pada 2014-05-02.
  3. ^ Loew, Peter Oliver (February 2011). Danzig – Biographie einer Stadt (dalam bahasa German). C.H. Beck. m/s. 189. ISBN 978-3-406-60587-1.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Samerski, Stefan (2003). Das Bistum Danzig in Lebensbildern (dalam bahasa German). LIT Verlag. m/s. 8. ISBN 3-8258-6284-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Kaczorowska, Alina (2010-07-21). Public International Law. Routledge. m/s. 199. ISBN 0-203-84847-0.
  • Solsten, Eric (1999). Germany: A Country Study. DIANE Publishing Company. ISBN 0-7881-8179-3.