Negeri di Jerman

(Dilencongkan dari Negeri-negeri di Jerman)

Republik Persekutuan Jerman dibentuk oleh 16 buah negeri yang dipanggil Länder (mufrad: Land). Memandangkan perkataan Land bermaksud negara di dalam penggunaan moden bahasa Jerman, istilah Bundesländer (atau Bundesland) digunakan dengan lebih meluas. Istilah ini dikatakan lebih tepat kerana merujuk kepada sifatnya sebagai negara persekutuan. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak digunakan di dalam perlembagaan negara ini, iaitu Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman.

16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman.

Negeri-negeri bersekutu yang membentuk negara bangsa Jerman selepas penyatuan semula pada tahun 1990, mengikut nombor di dalam peta di sebelah kanan ialah:

  1. Baden-Württemberg
  2. Negeri Bebas Bavaria (Freistaat Bayern)
  3. Berlin
  4. Brandenburg
  5. Kota Bebas Liga Hansa Bremen (Freie Hansestadt Bremen)
  6. Kota Bebas Liga Hansa Hamburg (Freie und Hansestadt Hamburg)
  7. Hesse (Hessen)
  8. Mecklenburg-Vorpommern
  9. Sachsen Hilir
  10. Rhein Utara-Westfalen
  11. Rheinland-Westphalia
  12. Saarland
  13. Negeri Bebas Sachsen (Freistaat Sachsen)
  14. Sachsen-Anhalt
  15. Schleswig-Holstein
  16. Negeri Bebas Thüringen (Freistaat Thüringen)

Daripada 16 buah negeri, 3 daripadanya ialah kota bertaraf negeri, iaitu Berlin, Hamburg dan Bremen. Ketiga-tiganya, walaupun kecil dari segi saiz dan jumlah penduduk, mempunyai hak yang sama seperti negeri-negeri Jerman yang lainnya.

Setiap negeri terlibat di dalam pentadbiran dan penggubalan undang-undang di peringkat persekutuan melalui Bundesrat (Majlis Persekutuan).

Links sunting