Buka menu utama

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan FA merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga teratas dalam Liga Malaysia namun tersingkir ke saingan Liga Premier Malaysia bermula musim 2019.

Negeri Sembilan
Logo Negeri Sembilan Matrix
Nama penuhPersatuan Bolasepak Negeri Sembilan
GelaranSi Rusa (The Jangs) "Si Pondan"
Nama pendekPBNS
Diasaskan1923; 96 tahun yang lalu (1923)
StadiumStadium Tuanku Abdul Rahman
(Muatan: 45,000[1])
PengerusiKosong
JurulatihPortugal Mario Lemos
LigaLiga Premier Malaysia
2019Ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Nama PasukanSunting

  • 1923–2007: Negeri Sembilan FA
  • 2006: Negeri Sembilan Naza
  • 2009–2014: Negeri Sembilan FA
  • 2015: Negeri Sembilan Matrix[2]
  • 2016–kini: Negeri Sembilan FA

SejarahSunting

Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.

PresidenSunting

  • Dato' Wan Salaidin

Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS pertama semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.

Tan Sri Dr Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.

Tan Sri Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.

Bawah kepimpinan beliau, skuad Negeri Sembilan berubah wajah. Dengan pelbagai program akar umbi yang dilakukan, beliau berjaya menghasilkan skuad yang bermutu dengan mengambil jurulatih berkaliber seperti Wan Jamak Wan Hasan dan Azraai Khor Abdullah. Hasilnya, Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang elit dalam Malaysia dengan merangkul semula Piala FA pada 2010, dan berjaya mara 3 tahun berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dengan memenangi 2 daripadanya. Selain itu, program yang beliau lakukan berjaya menghasilkan pemain seperti kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta pemain sayap lincah Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan.

Identiti PasukanSunting

  • Lambang Pasukan

Lambang pasukan ini diambil daripada jata negeri. Dengan mengekalkan sembilan batang padi dan tiga warna dalam jata negeri. Selain itu, bintang pecah sembilan digantikan dengan dua bekas keris dan tulisan jawi pada jata negeri sembilan digantikan dengan singkatan PBNS. Sebilah keris dan sarungnya dibuang dan lambang itu dibentuk seperti perisai seperti lambang kelab-kelab di Eropah

  • Warna

Sejarahnya pasukan ini menggunakan warna merah sebagai warna rasmi. Namun selepas menjuarai Piala Malaysia pada 2009, warna kuning diraja dipilih sebagai warna rasmi kerana semasa perlawanan tersebut, N.Sembilan mengenakan Jersi kedua yang berwarna kuning ketika menentang Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior yang mengenakan jersi berwarna merah. Warna kuning itu telah dianggap membawa tuah.

Pengeluar kit dan penaja kewanganSunting

Negara Syarikat
Pengeluar kit
  Kappa
Penaja kewangan
  Malaysia Matrix Concept Group

PasukanSunting

Skuad terkiniSunting

No. Posisi Pemain
1   GK Saiful Amar
2   DF Aroon Kumar
3   DF Alex Moraes
4   DF Fauzan Fauzi
5   DF Rizal Fahmi
6   DF Nasriq Baharom
7   MF Flávio Júnior
8   MF Asraf Roslan
10   FW Nicolás Vélez
11   DF Aizulridzwan Razali
12   GK Kaharuddin Rahman
13   DF Hazrul Mustafa
14   FW N. Thanabalan
15   MF Fauzan Dzulkifli (kapten kedua)
16   DF L. Kalaiharasan
No. Posisi Pemain
17   MF Izuan Salahuddin
18   FW Khairul Izuan
19   MF Khairul Anwar
20   MF Faizal Abu Bakar
21   FW Fauzi Latif
23   MF Nizam Ruslan
24   MF Aiman Khalidi
26   MF David Rowley
27   GK Ilham Amirullah
29   MF Kim Do-heon (kapten)
29   DF Radzuan Abdullah
30   MF Fakhrul Aiman
31   MF Izzudin Zainudin
55   DF Osman Yusoff
58   FW Ángel Guirado

Bawah 21 tahunSunting

No. Posisi Pemain
1   GK Amirul Asyraf Abdul Rahman
2   DF Mohd Shahir Saffie
3   MF Mohd Fauzan Nazhif Zulkifli
4   FW Muhd Zaraen Yami
5   DF Pavithran a/l Selladorai
7   DF Muhammad Fauzan Mohd Fauzi
8   MF Muhammad Shazrul Ashraf Mathews
9   FW Sean Eugene Selvaraj
10   MF Muhammad Nizam Ruslan
11   FW Mohd Rahizi Mohd Rasib
12   MF Ahmad Ashraf Razmi
13   DF Mohd Khamarool Mazlan
No. Posisi Pemain
14   DF Muhd Iqbal Na'im Tony Rosdin
15   DF Gopinath a/l Ragenderan
16   MF Aroon Kumar a/l Ramaloo
17   FW Muhammad Nurzaidi Bunari
18   MF Suresh a/l Selvathura
19   MF Mohd Fauzi Abdul Latif
20   MF Muhamad Syahrizal Shaharin
21   GK Muhammad Azwan Alimi
22   GK Ezad Ariff Jamaludin
23   DF Mohd Nurzaidi Mohd Jais
24   DF Muhd Zufril Haidy Mazlan
25   MF Thanabalan a/l Nadarajah

PencapianSunting

Pencapaian domestikSunting

Juara (2): 2009, 2011
Naib Juara (3): 2000, 2006, 2010
Juara (1): 1948
Juara (1): 2006
Naib Juara (1): 2008
Juara (2): 2003, 2010
Naib Juara (1): 1995
Juara (1): 1991
Naib Juara (1): 2004
Juara (1): 2012
Naib Juara (2): 2004, 2010

AsiaSunting

Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
Mengundur diri: 2010

MusimSunting

Keputusan liga dan piala pertandingan mengikut musim
Musim Divisyen P W D L F A Mata Pos Piala FA Malaysia Piala
Malaysia
Piala
Sumbangsih
Pertandingan Keputusan Nama Jaringan
Liga Asia Penjaring Gol Terbanyak
2013 Liga Super 22 1 7 14 11 28 10 12 QF GS - - - Fábio Leandro Barbosa 6
2012 Liga Super 26 10 7 9 41 38 38 6 R1 QF W - - Effa Owona 23
2011 Liga Super 26 8 8 10 29 32 32 8 R2 W - - - Mohd Firdaus Azizul 7
2010 Liga Super 26 11 5 10 40 31 38 6 W RU - - - - -
2009 Liga Super 26 11 5 10 44 35 38 7 SF W - - - - -
2008 Liga Super 24 14 6 4 48 30 48 RU R1 - - - - Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak 11

Kunci utamaSunting

  • P = Pemain
  • W = Menang perlawanan
  • D = Perlawanan seri
  • L = Kalah perlawanan
  • F = Jaringan
  • A = Bolos
  • Pts = Mata
  • Pos = Kedudukan akhir

  • F = Akhir
  • Group = Peringkat kumpulan
  • R16 = Pusingan 16
  • QF = Suku akhir

  • R1 = Pusingan pertama
  • R2 = Pusingan kedua
  • SF = Separuh akhir

Pertama atau W Juara
Kedua atau RU Naib juara
  Dinaikkan
  Disingkirkan
Penjaring terbanyak di bahagian

Bekas PemainSunting

Bekas Pemain TernamaSunting

Pemain luar negara
  •   Gustavo Carlos Cerro
  •   Jose Iriarte
  •   Scott Ollerenshaw
  •   Harrison Eric Muranda
  •   Abdulrazak Ekpoki
  •   Effa Owona
  •   Abdul Lateef Seriki
  •   Christian Bekamenga
  •   Udo Fortune
  •   Lamine Conteh
  •   Marian Juhas
  •   Miroslav Bozik
  •   Robert Bozik
  •   Marian Valach
  •   Marko Simic
  •   Curran Ferns
Pemain tempatan

Ketua JurulatihSunting

Tahun Jurulatih Pencapaian
1981-1982   Tony Chia
1983-1984   Zainudin Husin
1985-1986   Tony Chia
1987-1988   Santos
1989-1990   Zainudin Husin
1991-1993   Josef Herel
1994—1998   M. Karathu
1998—1999   Irfan Bakti Abu Salim
2000—2002   Mohd Zaki Sheikh Ahmad
2003—2006   K. Devan Piala FA Malaysia 2003
Liga Super 2005-06
2006—2007   Hatem Souissi
2007—2011   Wan Jamak Wan Hassan Piala Malaysia 2009
Piala FA Malaysia 2010
2011—2012   Mohd Azraai Khor Abdullah Piala Malaysia 2011
Piala Sumbangsih 2012
2013—   Divaldo Alves
Mei 2013   Ridzuan Abu Shah Ambil alih
2014 - 2015   V. Sundramoorthy
2015 - 2017   K. Devan
2017   Mohd Asri Ninggal

Staf KejurulatihanSunting

Posisi Nama
Pengerusi   Dato' Seri Utama Mohamad Hasan
Pegawai Pentadbiran   Faizal Zainal
Pengurus   Dato' Seri Utama Mohamad Hasan
Penolong Pengurus   Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Latif
Penolong Pengurus   Dato' Haslah Mohamad Amin
Penolong Pengurus   Dato' Abdul Ghani Haji Hassan
Penolong Pengurus   Dato' Haji Mohammed Najeeb Abdullah
Ketua Jurulatih   K. Devan
Penolong Jurulatih   Ridzuan Abu Shah
Jurulatih   Ahmad Osman
Jurulatih Penjaga Gol   Yazid Yassin
Jurulatih Kecergasan   K. Balagumaran
Fisioterapi   Dr Rozaiman Ebrahim
  Zulkepli Abu Samah
Physical Therapist   Asyraf bin M.R. Asri
Ketua Pembangunan Remaja   Acacio Dos Santos[3]
Ketua Jurulatih B21   Badrul Afzan Razali
Penolong Jurulatih B21   Idris Abdul Karim
Jurulatih B21   Ahmad Shahrul Azhar Sofian
Jurulatih Penjaga Gol B21   Azhar Dol
Jurulatih Kecergasan B21   Mohd Kuizwan Mohd Johari
Fisioterapi B21   Muzammil Zaharudin
Ketua Jurulatih B19   Kuppan a/l M.Nathan
Penolong Jurulatih B19   Zainuddin Husin
Jurulatih Penjaga Gol B19   Saidin Osman
Fisioterapi B19   Mohd Azwar Mazlan
Pegawai Keselamatan   Hassan Haron
Pegawai Media   Abd Malek Hj Hassan
Pembantu Pasukan   Shahrizal Mat Shah


Persatuan yang MenyeliaSunting

Kelab BerkaitanSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting