Negara boneka ialah sebuah negara yang merdeka dan diakui kedaulatannya secara rasmi namun pemerintahannya secara de facto berada di bawah kawalan negara luar yang lain seakan dikendalikan tali-tali boneka[1] (pemerintah boneka atau kerajaan boneka). Kebergantungan ini sering dibuat pemerintah negara lain sebagai dalang demi melawan negara saingannya atas sebab tertentu, seperti aspek ekonomi atau kuasa politik[2] (contohnya: antara Korea Selatan yang dahulunya didorong pihak Amerika Syarikat dan Korea Utara yang didorong Kesatuan Soviet).

Pemerintahan negara boneka biasanya sangat bergantung kepada negara dalangnya terutama dalam hal-hal politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan diplomatik luar negara; lalu menyebabkan pemerintahan seperti ini biasanya tidak mempunyai pengiktirafan secukupnya di dalam negeri mahupun di medan antarabangsa.

RujukanSunting

  1. ^ Shapiro, Stephen (2003). Ultra Hush-hush. Annick Press. m/s. 38. ISBN 1-55037-778-7. Puppet state: a country whose government is being controlled by the government of another country, much as a puppeteer controls the strings on a marionette
  2. ^ McNeely, Connie L. (1995). Constructing the Nation-state: International Organization and Prescriptive Action. Greenwood Publishing Group. m/s. 61. ISBN 978-0-313-29398-6. Dicapai pada 13 September 2017. The term 'puppet state' is used to describe nominal sovereigns under effective foreign control...
Sumber utama
  • James Crawford. The creation of states in international law (1979)